ANAK Kesal Felda Henti Pembinaan Rumah Generasi Baharu

4333

DUNGUN – Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) negeri Terengganu Naraza Muda melahirkan rasa terkejut dan dukacita kerana Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PBGF) telah dihentikan.

Beliau menyifatkan tindakan Felda itu merupakan malang yang berganda kepada generasi kedua Peneroka Felda khususnya di negeri Terengganu.

Naraza Muda1“Saya kira ini sesuatu yang amat malang bagi kami di Terengganu, jika dihentikan kami tidak tahu bila golongan generasi di kedua ini akan memiliki rumah sendiri.

“Sehingga hari ini tiada sebuah pun PGBF ini dibina di sini. Setahu saya hanya satu projek PGBF ini diluluskan di Terengganu dan sepatutnya projek ini siap dalam tahun ini malangnya projek ini hanya tinggal tapak sahaja di Felda Chalok Barat, Setiu.

“Mungkin mereka nak tunggu musim piliharaya baru projek ini diteruskan semula”. Ujarnya

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang mengesahkan Projek Perumahan Generasi Baharu Felda ( PBGF) dihentikan sementara.

Naraza turut menyatakan kekecewaan terhadap pihak Kerajaan negeri Terengganu kerana tidak mengambil sebarang tindakan untuk menyelesikan perkara ini.

Menurutnya lagi, dua lagi projek perumahan untuk generasi kedua Felda ini bagai menjadi umpan pilihanraya antaranya di Felda Bukit Bading, projek ini telah dirasmikan pecah tanah oleh YAB Menteri Besar Terengganu beberapa tahun lalu dan sehingga kini hanya semak samun mengantikan rumah.

felda tenangProjek sentuhan kasih di bawah Felda juga terbengkalai di Felda Tenang, Hulu Besut juga dirasmikan pecah tanah sebelum PRU13 yang lalu.

Terengganu mempunyai 21 tanah rancangan Felda yang terletak dibeberapa daerah Felda Chalok Rahmat antara yang terawal dibuka seawal tahun 60an dan yang terakhir dibuka Felda Selasih yang terletak di Daerah Setiu.

Sebelum ini Felda menyasarkan untuk membina 20,000 rumah generasi baharu peneroka di seluruh negara dalam tempoh lima dengan kos RM1.4 billion .

Tan Sri Isa dilaporkan berkata, skim perumahan bagi generasi baharu dihentikan seketika bagi membolehkan Felda menguruskan beberapa perkara terutama mengenai pinjaman dan sistem pembelian rumah.

“kita mahu tentukan generasi baharu Felda yang layak memiliki rumah mempunyai institusi kewangan yang boleh memberi pinjaman,

“kita juga akan menentukan pembelian sama ada secara sewa beli atau sebagainya. Cara ini akan dikaji dalam tempoh sebulan dua ini dan Felda akan membuat keputusan sebelum projek diteruskan” ujarnya dalam laporan yang diterbitkan majalah Felda Aspirasi Glokal keluaran 30 Mei 2015.