Anak anugerah Yang Maha Esa

760

ALOR GAJAH – Setiap anak yang lahir adalah anugerah Allah kepada kedua ibu bapanya, tidak kira dilahirkan sempurna, mahupun sebaliknya.

Calon PAS-Perikatan Nasional (PN) N.09 Durian Tunggal Ja’afar Othman berkata, anugerah ini adalah tanggungjawab dan Amanah.

“yang harus dipikul bukan sahaja ibu bapa tetapi termasuk orang sekeliling bagi membantu anak ini membesar menjadi manusia yang baik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menziarahi Pak Aziz dan anaknya, adik Haikal seorang OKU di Taman Tuah, UDM Parit Melana., pada Sabtu, semalam.

Justeru itu, kata beliau, sebagai sebuah Keluarga Malaysia yang besar, rakyat diajak bersama-sama cakna akan jiran tetangga, saling bantu membantu seperti mana dituntut dalam Islam.

Menurutnya, beliau akan meneruskannya kerja-kerja kebajikan, samada menang atau sebaliknya, namun sekiranya dipilih menjadi wakil rakyat, memberikan peluang yang lebih luas.

Sementara itu, kempen pilihan raya hari ke enam beliau, berjalan dengan baik dan mendapat perhtian daripada pihak yang dikunjungi.

“Semalam saya turut membuat kunjung hormat golongan veteran Al Malak di sekitar Durian Tunggal. Mereka adalah dari kalangan aktivis veteran yang aktif dengan kerja-kerja kebajikan dan dakwah.
“Antara tokoh yang sempat saya ziarahi, Imam Rahim, mantan Masjid Anak Imran Tunggal. Selain bertanya khabar, saya dapat mengetahui permasalah yang berlaku di sekeliling beliau, juga tidak ketinggalan untuk mendapatkan doa restu,” katanya.

Sepotong doa Ja’afar untuk mereka, “Semoga Allah merahmati jasa dan bakti beliau di lapangan dakwah dan kemasyarakatan seterusnya menjadi contoh kepada saya terutamanya saya sendiri dari segi ksungguhan. Insyaallah.”