Oleh : Che Ana
KUALA TERENGGANU – Ameerah Negeri Terengganu dan golongan anak muda menyatakan sokongan penuh terhadap usul pindaan RUU 355.
Bendaharinya Sumaiyah Zakaria menegaskan pindaan RUU 355 adalah satu usaha untuk memartabatkan kedudukan Mahkamah Syariah yang mana sekarang ini jauh ‘diperkecilkan’ bidang kuasanya jika dibandingkan dengan mahkamah sivil.
“Adalah menjadi kewajipan dan tanggunggjawab kita bersama untuk menyokong usul pindaan RUU 355. Ini kerana, RUU 355 bukanlah hanya untuk orang PAS,


Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan orang ramai di Flashmob Kami Menyokong Pindaan RUU 355 di Taman Reakreasi Batu Buruk pada Sabtu 15 Oktober.
Menekankan perlunya pindaan tersebut, Sumaiyah berkata, fakta berkenaan angka peningkatan kes hamil luar nikah dan zina adalah amat membimbangkan.
Beliau mengajukan pesoalan kepada khalayak, adakah masyarakat mahu generasi akan datang turut merasai situasi yang sama?
“Anak mudalah yang akan menjadi pewaris kepimpinan akan datang (danperlu buat perubahan),”tegas beliau lagi.
“Apa yang dapat dilihat, punca permasalahan ini adalah kerana tidak dilaksanakan undang-undang syariah Islam di Malaysia.


Justeru beliau menyeru kepada seluruh rakyat, Malaysia khususnya pengguna media sosial khususnya golongan anak muda agar bersama-sama menyatakan solidariti terhadap pindaan Akta tersebut.
“Semoga semuanya dipermudahkan oleh Allah,” doa beliau, ketika mengakhiri ucapannya.
Ketika ditemui selepas itu, beliau berkata, Ameerah merupakan satu lajnah di bawah Dewan Muslimat PAS, juga turut dikenali Muslimat Muda PAS.
“Umur keahlian bermula dari 21 hingga 40 tahun dan ditubuhkan bertujuan menjadi peneraju politik Islam wanita muda ke arah kepimpinan bertaraf dunia.
“Tiga aspek misi penubuhannya iaitu pendidikan politik Islam, patriotisme dan juga partisipasi dalam masyarakat,”kata beliau.





























