Ameerah Seru Wanita Muda Sertai Himpunan ‘Munajat’

70

Oleh ; Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Ameerah Terengganu menyeru semua wanita muda bersama-sama menyertai himpunan ‘Munajat Kembalikan Royalti’ anjuran kerajaan megeri yang akan diadakan pada Sabtu, 6hb April.

Ketua Ameerah negeri, Asma Abdullah berkata, amat penting
kepada anak muda seluruh negeri untuk menyokong usaha menuntut keadilan, mendapatkan semula royalti petroleum yang belum dilunaskan Kerajaan persekutuan.

“Kita bersama-sama solat hajat, di stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, bermunajat semoga urusan Kerajaan negeri dipermudahkan,

“Negeri kita telah dizalimi dan dinafikan hak dalam menerima bayaran royalti penuh.

“Sesungguhnya Allah tidak akan mensia-siakan doa hambaNya yang dizalimi dan kepada Allah jualah kita berserah diri,” jelasnya ketika dihubungi.

Justeru, beliau berharap agar pada bulan yang mulia ini, pintu hati dibukakan dan kerajaan di bawah pemerintahan Madani diberikan petunjuk ilahi.

“Perjuangan untuk mendapatkan hak royalti bukanlah perkara yang mudah, namun dengan taufiq dan pertolongan Allah, segala urusan yang berkaitan akan dipermudahkan,” tambah beliau lagi.