Ambil Vaksin Atau Masuk Penjara?

161
FILE PHOTO: Presidential candidate Rodrigo "Digong" Duterte greets supporters during election campaigning in Malabon, Metro Manila in the Philippines April 27, 2016. REUTERS/Erik De Castro/File Photo

Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah mengancam untuk menangkap dan menyumbat mereka yang menolak pemberian vaksin Covid-19 ke dalam penjara.

Beliau membuat ugutan demikian berikutan gelombang pandemik varian delta yang kini mengancam negara itu.

“Anda boleh memilih, mendapatkan vaksin atau saya akan menghantar anda ke penjara,” kata Duterte dalam satu kenyataannya di Tagalog pada malam Isnin.

Filipina memulakan program vaksinasi pada bulan Mac tetapi ada laporan menyatakan kehadiran orang ramai rendah, di beberapa pusat vaksinasi di negara tersebut.

Sebaliknya, ada juga dilaporkan ramai rakyat Filipina bergegas untuk mendapatkan bekalan terhad suntikan vaksin Pfizer BioNtech.

Duterte juga pernah mengancam untuk menembak orang ramai yang didapati melanggar sekatan pergerakan bagi mengekang penyebaran wabak maut tersebut.

Sejak ancaman itu, terdapat beberapa kes rakyat negara tersebut yang dibunuh oleh pihak berkuasa, termasuk seorang lelaki tua dan seorang bekas tentera, yang menderita dengan gangguan tekanan pasca trauma.

Daripada 110 juta penduduk, hanya sekitar 1,95 peratus rakyat Filipina yang diberi vaksin sepenuhnya dan menurut laporan lain, 8.4 juta dos vaksin telah diberikan.

Sekurang-kurangnya 6.2 juta orang telah menerima dos pertama mereka, sementara 2.15 juta orang diberi vaksin sepenuhnya