Ambil Peluang Luaskan Hubungan Dengan Rakyat

93

Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU – Ambillah peluang yang diberikan oleh rakyat sepanjang tempoh lima tahun ini untuk meluaskan lagi hubungan di antara rakyat dan juga kerajaan negeri.

Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Terengganu (DMPNT) Maznah Muftahuddin berkata, ia bertujuan menyampaikan mesej daripada kerajaan negeri dan parti dapat sampai terus kepada semua golongan lapisan masyarakat di setiap pelusuk sehinggalah pendalaman.

“Pertamanya kita menyebarkan dakwah supaya kita dapat menjadikan dakwah sebagai medan utama mengajak orang kembali arah Islam yang sebenarnya.

“Yang kedua untuk membetulkan dan memberi kefahaman sedalam-dalamnya tentang Islam dan pentingnya kita berada dalam satu kerajaan di bawah kuasa pemerintahan Islam,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pada hari ini, mengenai Program Bicara bingkisan Merdeka Sempena Majlis kesyukuran Lajnah Penerangan dan Media baharu di Taman Rekreasi pantai Kekabu, Marang, 30 Ogos yang lalu.

Katanya, beliau bersyukur ke hadrat Allah swt dengan kemenangan pada hari ini yang mana PAS dapat memerintah kali ke dua selepas menang dalam Pilihan Raya Umum (PRU) DUN ke 15 yang lalu.

“Sebab-sebab kemenangan ialah usaha daripada jentera penerangan sendiri yang memainkan tugas masing-masing untuk menyebarkan maklumat sama ada dalam bentuk penulisan, video dan tiktok

“serta kita menggunakan semua medium untuk menyebarkan maklumat,” ujar beliau.

Justeru itu, beliau berharap agar semua kepimpinan yang dilantik agar menjalankan amanah dengan sebaik mungkin sepanjang lima tahun pemerintahan.

“Jadi peranan penerangan selepas ini dalam tempoh lima tahun memantapkan lagi kerja- kerja [enerangan supaya sentiasa berada di atas landasan dakwah.

“Dan juga menjadikan platform politik ini mengajak lebih ramai lagi rakyat untuk faham Islam dan memberikan sokongan kepada kerajaan Islam,” tambah Maznah lagi.