Amaran Kategori Ketiga; Angin Kencang Dan Laut Bergelora Di Perairan Laut China Selatan

1031

Jabatan Meteorologi menerusi laman sesawangnya telah mengeluarkan amaran berhubung ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Terengganu .

Kenyataan tersebut menyebut, dijangka berterusan sehingga lewat malam, Ahad, 1 Disember 2013.

Pada masa yang sama, angin kencang melebihi 60kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian melebihi 5.5 meter sedang bertiup.

Sebelum itu, Jabatan tersebut turut mengeluarkan ‘Amaran Untuk Orang Awam’ berhubung ‘Angin Kencang Dan Laut Bergelora, Kategori Ketiga.

Ia ditingkatkan dari amaran kategori kedua yang dikeluarkan pada pukul 4:56 petang, 29/11/2013

Angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 60 kmsj dengan ketinggian ombak melebihi 5.5 meter yang berlaku di kawasan perairan Kelantan &Terengganu dijangka berterusan sehingga Khamis, 5 Disember 2013.

Selain daripada itu, kawasan pantai di Kelantan & Terengganu terdedah kepada kejadian kenaikan paras air laut. Keadaan ini dijangka berterusan sehingga Selasa, 3 Disember 2013.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk pekerja di pelantar minyak.