Almarhumah Seorang Yang Mudah Berkira

328

DUNGUN – Pemergian Almarhumah Nabilah Harun adalah kehilangan besar buat PAS kerana beliau seorang yang mudah berkira dan sentiasa bersedia menerima arahan parti.

Ketua Muslimat PAS DUN Sura, Roslina Harun berkata, arwah Nabilah Harun, 55 yang juga Ahli Jawatankuasa Muslimat PAS Cawangan Bukit Chatak 2 itu tidak pernah memberi alasan atau menolak jika nama beliau dicadangkan untuk melaksanakan sebarang tugasan.

“Sebab itulah beliau ke DUN Sungai Bakap untuk bertugas sebagai membantu kerja-kerja kempen Pilihan Raya Kecil mewakili Kawasan Dungun,

” Kita masukkan nama, beliau menerimanya dengan baik, ” katanya.

Menurutnya, masih ‘terbayang – bayang’ kelibat arwah berdiri di tengah panas merayu undi di Pilihan Raya Umum ke-15 Negeri Terengganu (PRUN15) dan Pilihan Raya Umum ke-15(PRU15) yang lalu.

Roslina berkata demikian ketika dihubungi di rumahnya di sini pagi tadi.

Katanya, almarhumah meninggal beberapa jam selepas di bawa ke Hospital Dungun setelah terlibay kemalangan di Jalan Kuala Terengganu, Kuantan berhampiran Kampung Pinang Merah.

“Beliau dalam perjalanan ke Kemaman sebelum menghantar anak bongsunya di Tahfiz Raudhah Ribat As Syafie, Meraga Beris, Kijal.” tambah Roslina.

Sementara itu anak sulung Almarhumah, Wan Muhammad Huzaifah Wan Rozali, 36 tidak menyangka gurauan ibunya menjadi kenyataan.

” semasa Hari Raya Haji baru, ketika memasak bersama adik beradik, ummi kata, pandai doh belaka buat , lepas ni ummi tak dok doh raya korban sekali lagi, sambil ummi gelak,

“setiap kali di tempat kerja kata-kata itu terngiang – ngiang di telinga, jadi saya ambil keputusan untuk berhenti kerja, supaya saya dapat menemani ummi di rumah, hari ini adalah hari terakhir saya bekerja, tetapi ummi pergi dulu, adalah hikmahnya, ” katanya lagi.

Menurutnya, Almarhumah menghantar adiknya di sebelah pagi memandangkan hari tersebut arwah ingin menghadiri usrah Muslimat Cawangan pada sebelah jam 3.00 petang.

“Kebiasaannya ummi hantar sebelah petang, ummi hendak Kemaman dulu dan sangat ‘excited’ untuk bertemu adik perempuan yang tinggal di Kemaman,” tambahnya lagi.

Huzaifah berkata, kebiasaanya bersalam dahulu dengan arwah, tetapi pagi semalam beliau tidak berbuat demikian kerana ibunya sedang sembahyang dhuha.

” Jadi saya pun pergi kerja, oleh kerana saya tertinggal barang, saya balik semula, saya jenguk ummi, ingat hendak bersalam dengan ummi tetapi ummi masih sembahyang, hati terdetik lama kali ni ummi sembahyang dhuha , tak apalah saya pergi dululah, ” ceritanya yang tinggal bersama Almarhumah di Bukit Chatak.

Huzaifah menerima berita kemalangan yang melibatkan ibu dan dua orang adiknya, Wan Muhammad Usamah, 17 dan Wan Soffiyah, 19 ketika berada di tempat kerja.

” Adik – adik selamat tetapi mengalami kecederaan ringan, Usamah cedera di mulut dan Saffiyah tulang hidung patah,” ujarnya.