Allah Dan Rasul Menjadi Keutamaan

162

KUALA TERENGGANU – Islam mengajar umatnya untuk sentiasa meletakkan Allah dan Rasulnya sebagai keutamaan dan mempertahankannya dalam apa jua keadaan.

Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu Dato’ Ustaz Haji Husain bin Awang menempelak Presiden Perancis yang tidak menghormati asas utama kehidupan muslim itu.

“Lebih sedih, presiden Perancis menamakan si penghina Rasulullah sebagai wira manakala anak pelajar yang mempertahan Rasulullah pula sebagai penjenayah” ujarnys.

Beliau berkata demikian dalam Perutusan Maulidur Rasul 1442H yang dikeluarkan semalam.

Oleh itu, beliau yang juga Ahli Dewan Negara menyeru agar umat Melayu Islam di negara ini mencontohi dan berkongsi kisah perjuangan dan pengorbanan baginda.

“setiap tahun juga kita akan berkongsi kisah perjuangan dan pengorbanan baginda. Sebagai pewaris dan penyambung perjuangan baginda,

” mari lah kita jadikan maulidur rasul sebagai pencetus kepada suatu azam untuk memastikan wujudnya sistem perundangan Islam tulen dan juga sistem pemerintahan Islam yang tulin,” tegasnya

Tambah beliau, Rasulullah SAW sangat menitikberatkan pembangunan modal insan dan tamadun buat manusia kerana ia dituntut dalam agama.

Namun katanya, apabila ‘addin’ dipisahkan dari cara hidup, umat Islam menjadi lemah dan hilang panduan sehingga terikut-ikut dengan kehidupan palsu yang di bawa oleh penjajah.

“Cukupkah kita sekiranya sambutan maulidur rasul ini sekadar mengingati kejayaan mereka yang mengikut Rasulullah tapi kita pula yang gagal malah sambil lewa dalam memastikan diri,

” keluarga dan masyarakat kita untuk mengikuti Rasulullah, ” jelasnya