Alahai…..Pemimpin Kerajaan Umno Terengganu!

845

Oleh : Ahmad Amzad Hashim

Pemimpin yang memerintah kena arah pegawai2 biar rajin buat paperwork. Buat ‘proposal’ banyak-banyak, projek-projek infrastruktur yang boleh selesai masalah pengangkutan, jalanraya yang sesak, buat ‘proposal flyover’ dalam bandar untuk suraikan trafik.

Selesaikan isu teknikal cadangan ‘drawbridge’ tu, biar lengkap kajian EIA dan hidraulik jangan ada masalah kemudian hari yang tak boleh ‘reverse’.

Yang paling saya rasa semacam `kebodohan’ pemimpin adalah kita belanja wang milik negeri pada projek yang sepatutnya dibawah peruntukan pembangunan wang kerajaan pusat.

Sebab itu saya tengok dalam Rancangan Malaysia Ke 8, ke 9, negeri Terengganu amat kurang dapat peruntukan tak seperti Johor, Selangor, Wilayah yang dapat lebih RM10, 15, 30 Billion.

Terengganu cuma dapat dlm RM3, 5Billion. Sarawak yang sama-sama penyumbang terbesar petroleum pun dapat belasan Billion RM. Tuntut hak untuk kerja ‘fabrikasi’ dengan mendesak petronas bantu ‘Labuan Shipyard’ seperti mana kenyataan CEO Petronas baru baru ini.

ktKerana merasa `kaya’ kerajaan Terengganu rela bazirkan duit sendiri buat macam-macam yang berbillion kosnya yang sepatutnya dibiayai pusat. Akhirnya banyak yang lebih penting yang sepatutnya kerajaan buat dibawah kapasiti negeri tak cukup duit.

Bila tak cukup duit kerajaan mula buka ‘option’ kepada pembiayaan swasta untuk pembangunan tanah-tanah yang libatkan orang Melayu yang akhirnya mengalah kepada tuntutan pemaju. Ini kes seperti Pasar Payang, Kampung Tiong dan lain-lain lagi.

Suruh pegawai buat banyak-banyak ‘proposal’ biar penuh yang dari Terengganu di EPU, Jabatan Perdana Menteri tu. Ini banyak yang negeri lain punya. Kalau ada lima puluh proposal, lekat 5 pun dah cukup bagus. Tapi kalau setakat hantar 10, mungkin lekat SATU jer laa.

Orang politik kena tekan laa. Tiru macam ‘politician’ Kelantan. Dalam soal kemajuan negeri, orang PAS dan UMNO tak peduli, boleh duk bincang sekali. Saya pun tahu dalam soal ekonomi, orang MCA dan DAP pun selalu bincang sekali.

Orang melayu dan Islam ni biar lah cerdik sikit. Terengganu dan Kelantan adalah bumi lebih 90% Melayu. Kamu agih peruntukan wang negara berpuluh billion ke sana kamu kayakan siapa? naikkan nilai hartanah siapa? Orang melayu jadi ‘alibaba’ sahaja. Tengok Johor tanah2 dikuasai siapa?”

****Hj Ahmad Amzad Hashim adalah Presiden Gerakan anakl Terengganu Insaf (GANTI)