Al-Quds Dan Peristiwa Israk Mikraj

92

Minggu in ada Dua program yang berkait dengan dua perkara yang sangat penting dalam Islam, Al-Quds dan Israk Mikraj.

Pelancaran Bulan Penghayatan Israk Mikraj telah berlangsung petang Khamis 15hb Januari dan Pelancaran Minggu Al-Quds Sedunia akan diadakan hari 16hb Januari.

Kedua-duanya Al-Quds dan Israk Mikraj saling berkait antara satu sama lain

Al-Quds (Baitul Maqdis) merupakan kota suci ketiga dalam Islam selepas Mekah dan Madinah. Ia menempatkan Masjid al-Aqsa, masjid pertama yang menjadi arah kiblat umat Islam sebelum diperintahkan menghadap Kaabah.

Al-Quds disebut secara jelas dalam al-Quran melalui Surah al-Isra’ ayat 1, menandakan kemuliaannya yang luar biasa di sisi Allah SWT.

سُبْحٰنَ الَّذِيْٓ اَسْرٰى بِعَبْدِهٖ لَيْلًا مِّنَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ اِلَى الْمَسْجِدِ الْاَقْصَا الَّذِيْ بٰرَكْنَا حَوْلَهٗ لِنُرِيَهٗ مِنْ اٰيٰتِنَاۗ اِنَّهٗ هُوَ السَّمِيْعُ الْبَصِيْرُ
“Mahasuci (Allah) yang telah memperjalankan hamba-Nya (Nabi Muhammad) pada malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaqsa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Melihat”

Israk Mikraj ialah mukjizat besar Rasulullah yang berlaku dalam satu malam sahaja.

Israk bermaksud, perjalanan dari Masjidil Haram (Mekah) ke Masjid al-Aqsa (Al-Quds) dan Mikraj itu adalah betjalan Nabi ﷺ naik ke angkasa, ke langit hingga ke Sidratul Muntaha

Peristiwa ini berlaku ketika Rasulullah berada dalam fasa ujian berat (Tahun Dukacita), menunjukkan bahawa pertolongan Allah hadir ketika keimanan diuji.

Nabi Muhammad dibawa oleh Malaikat Jibril menaiki Buraq dari Makkah ke Baitul Maqdis. Tiba di Sana, baginda menjadi imam solat kepada para nabi di Masjidil Aqsa. Kemudian nabi ﷺ dimikrajkan ke langit bertemu para nabi seperti Adam, Isa, Musa, Ibrahim. Di Sidratul Muntaha, Allah SWT mewajibkan solat fardu.

Perjalanan Israk Mikraj menjadi aqidah kepada umat Islam, meninggalkan kewajipan kepentingan menjaga solat, keimanan kepada perkara ghaib dan pengajaran Tentang kesabaran dan keteguhan dalam perjuangan dakwah nabi Muhammad.

Masjid al-Aqsa bukan sekadar destinasi fizikal pada perjalanan Israk, tetapi telah ditetapkan Allah menjadi lambang kesatuan risalah tauhid, dari dahulu sehingga kini.

Justeru itu, bukan sahaja merupakan itik permulaan perjalanan Mikraj ke langit bahkan menegaskan pusat spiritual umat Islam, bukan isu wilayah semata-mata.

Al-Quds bagi umat Islam adalah isu akidah dan amanah sejarah perjuangan. Penjajahan dan penindasan di Al-Quds bukan hanya isu politik, namun menguji keprihatinan umat Islam, amanah mempertahankan tempat suci.

Mengabaikan Al-Quds bermakna merupakan Tentang sejarah Israk dan Mikraj, melemahkan kesedaran terhadap sejarah dan maruah umat Islam sendiri.