Al-Fatehah….Ahli Parlimen Hulu Selangor Meninggal Dunia

853


Menurut Bernama, adik Allahyarham Md. Hambali Ahmad memaklumkan, beliau meninggal akibat barah otak, kira-kira 9.27 malam ini.

Zainal Abidin, 71, merupakan bekas Pensyarah yang menceburi bidang politik. Pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Dusun Tua dalam Parlimen Hulu Langat.

Beliau juga pernah menjadi Timbalan Menteri Besar Selangor

Sehubungan itu, menurut seorang peguam tempatan, Fathi Aziz, pilihanraya kecil hendaklah diadakan selewat-lewatnya dalam masa 60 hari selepas dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia