Al-Fatehah Tuan Guru Ustaz Harun Taib meninggal Dunia

990

KEMASKINI 1.40AM KUALA TERENGGANU – Adalah dimaklumkan mantan Exco Kerajaan Negeri Terengganu Dato’ Ustaz harun Taib telah meninggal dunia pada jam 12.10 sebentar tadi.

Perkara tersebut dimaklumkan melalui pesanan ringkas oleh anaknya yang juga Aahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manir Ustaz Hilmi Harun kepada pihak kami mnelalui pesanan ringkas (SMS) sebentar tadi.

ustaz harun taib“Ayah telah kembali (kerahmatuLlah) dalam pukul 10 tadi,”ujarnya menurut tersebut.

Sehubungan itu, Pesuruhjaya PAs negeri Terengganu YB Ustaz Satiful Bahri Mamat dan seluruh kepimpinan PAS mengucapkan takziah kepada keluaarga al-marhum, semoga bersabar dan tabah dalam menghadapi dugaan Allah tersebut.

[Gambar – Jenazah al-Marhum di bawa pulang dari Hospital Sultanah NurZahirah pada kira-kira jam 1.24 pagi]

Menurut Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Dr Ustaz Khairuddin Aman Razali, solat jenazah al-Marhum akan diadakan di markaz Tarbiyah Kubang Lembek pada kira-kira jam 10 pagi Sabtu 25 Januari 2014.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Nerus mengajak seluruh ahli PAS dan rakyat negeri Terengganu beramai-ramai hadir mendoakan kebaikan untuk almarhum Tuan Guru.

Semoga roh Allahyarham yang juga mantan ADUN Manir diletakkan dikalangan para mujahidin dan solihin, InsyaAllah