Aku Ahli Biasa

1689

Alhamdulillah, aku masih disini, didalam PAS. Penyokong tegar dan ahli biasa. Biar pun keadaan sedang kencang, aku selesa dgn ketentuan selepas muktamar. Rasa sayang kepada jemaah yang dipimpin oleh ketua yang dipilih semakin matang kerana masa yang aku lalui. Alhamdulillah selamanya.

Namun demikian, sebagai tinggalan sejarah dari dunia seni dan keterlibatan dalam beberapa siri ceramah bersama PAS, aku menjadi makluman kepada umum walau pun kami serupa sebenarnya. Kebiasaannya sebagai figura orang akan mudah menyapa, dengan apa saja sapaan. Namun yang selalu ialah, “apa dah jadi dengan PAS sekarang?”. Aku sebenarnya tak tahu apa jawapannya kerana politik adalah ilmu khusus yang dikuasai oleh pemainnya.

Pun begitu pertanyaan itu terkadang menimbulkan radang dihati kerana intonasi yg membawa maksud “padan muka kau nak masuk PAS sangat”. Sekarang pun ada kaum yang saja meletakkan aku dalam grup WA mereka sebagai “penonton” terhadap sikap mereka kepada kumpulan agamawan yang bangkit dari muktamar lepas.

Aku hanya ahli biasa PAS, yang meyokong, mendengar dan mengundi. Ini bermakna aku sudah berpihak. Soalan sinis membuatkan aku menjawab,”ini mainan musim. Sekarang ni musim tengkujuh. Jangan ditanya mengapa, kerana itu kerja ALLAH. Yang pasti kalau kita bukan nelayan jangan memandai turun ke laut. Bila habis musim kita lihat nelayan mana yang terus meranduk ombak, dan kita tunggu aje ikan apa yang mereka bawa pulang untuk kita pilih”.

Supaya nelayan akan terus kelaut selepas tengkujoh, kepada pemain persepsi politik, jangan jadi orang pandai tak boleh ditumpang, serta bodoh tak boleh diajar.

Bob Lokman