Aktivis Palestin Teruskan Bantahan ‘Berkhemah’

701
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita13/protes%20berkhemah.jpg

Masjid dan beberapa buah khemah telah dididirikan di kampung Beit Iksa berhampiran Baitulmaqdis pada hari Jumaat.

Para penunjuk perasaan telah menamakan kem tersebut sebagai kem “al-karamah”, yang bermaksud “maruah” dalam bahasa Arab.

Tindakan tersebut diambil oleh para aktivis selepas seminggu aktivis seumpamanya berkhemah di Bab al Shams , koridor strategik Tebing Barat dikenali sebagai E-1.

Regim Israel telah berkata ia merancang untuk membina sebuah penempatan haram yang besar di kawasan E-1.

Namun begitu, para aktivis di Bab al-Shams telah diusir beberapa hari kemudian.

Dalam satu kenyataan para aktivis pada Jumaat berkata mereka cuba menyelamatkan tanah tersebut dari Israel yang menggunakan taktik yang diguna pakai dari peneroka haram Israel.

Pendatang Yahudi mendirikan masyarakat dengan meneroka secara haram, mendirikan binaan dan akhirnya tanah tersebut menjadi hak milik mereka.

“Kami berada di sini di kampung al-Karamah … untuk mengesahkan hak Palestin dan rakyat Palestin untuk berada di sini di tempat ini,” kata seorang ahli protes berkhemah, Mohammad Rabie.