Akses Maklumat Terhad, Walaupun Menteri dan Timbalan Dari Negeri Terengganu

953

KUALA TERENGGANU – Siaran langsung Persidangan Dewan Undangan Negeri (Sidang DUN) yang dipancarkan secara langsung melalui internet, tidak lagi dapat diikuti oleh rakyat Terengganu.

Menurut Pengarah Jabatan Penerangan dan hubungan Media PAS Terengganu Ustaz Wan Sukairi Wan Abdullah, siaran tersebut dilancarkan ketika PAS memerintah negeri Terengganu, pada tahun 1999 hingga 2004.

Beliau berkata, Umno dan Barisan Nasional (BN) yang kembali memerintah sejak Mac 2004, pada awalnya dibawah pimpinan Menteri Besar Dato’ Seri Idris Jusoh, meneruskan siaran tersebut.

Namun, ia terus hilang dan tidak dapat diakses lagi, apabila Umno-BN merasakan, ia menjadi ancaman kepada mereka.

“kerana itulah kalau kita perasan, tidak ada lagi siaran lagsung sidang DUN (sedangkan) sebelum ini ada, sewaktu PAS memerintah pada tahun 1999 hingga 2004 (dan) pada awal pemerintahan Umno dibawah Idris Jusoh pun ada,

“bila mereka dapati ia satu perkara yang bahaya (ancaman) kepada mereka, lalu mereka (Umno-BN) hentikan perkhidmatan tersebut sehinggalah sekarang,”ujarnya.

wan sukairiKatanya, walau pun sebanyak RM 2.2 bilion bajet diperuntukkan untuk tahun 2014, namun sidang DUN Terengganu tidak disiar secara langsung, berbanding dengan Kelantan yang meneruskan siaran langsung, walaupun hanya meluluskan bajet sekitar RM500 juta.

Ustaz Wan Sukairi berkata demikian ketika ditemubual oleh stesyen radio internet Hijau FM, di pejabatnya pada Isnin 20 Januari.

Katanya, rakyat Terengganu sepatutnya berasa malu kerana walaupun kedua-dua Menteri dan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia kerajaan persekutuan datang dari negeri Terengganu, namun akses kepada internet dan maklumat adalah terhad.

Menurut beliau, perlantikan Datuk Ahmad Shabery Cheek adalah Ahli Parlimen Kemaman dan Timbalannya Datuk Jalani Johari adalah Ahli Parlimen Hulu Terengganutidak memberi kelebihan kepada rakyat Terengganu tampil sebagai warga Malaysia yang bermaklumat.

“tidak sepatutnya begitu……Menteri Komunikasi dan Multimedia (dan Timbalan Menteri) yang bertanggungjawab berkaitan komunikasi,

“tapi negerinya sendiri tidak mempunyai akses maklumat yang sepatutnya sesuai dengan kapisiti beliau sebagai seorang Menteri,

“sepatutnya (dengan jawatan itu) beliau menggunakannya untuk menjadikan negeri (dan) rakyat Terengganu sebagai rakyat (Malaysia) yang penuh dengan maklumat,”jelasnya.

http://www.youtube.com/watch?v=-RXKXDODlNc&feature=share&list=UUHUY6hxgBZ0oRyY28yPJk8Q&index=1