AS Akhirnya Mengakui Myanmar Lakukan Pembersihan Etnik

2222

Amerika Syarikat (AS) akhirnya, buat kali pertama mengakui dan menegaskan kempen Myanmar membunuh, merogol wanita dan membakar rumah-rumah umat Islam Rohingya, sebagai satu tindakan ‘pembersihan etnik’

Setiausaha Negara Amerika Syarikat Rex Tillerson berkata, sekatan tertentu terhadap mereka yang bertanggungjawab sedang dipertimbangkan.

Beliau menyatakan demikian pada hari Rabu selepas melawat Myanmar minggu lepas.

Menurutnya, tindakan keras tentera negara itu telah menyebabkan lebih daripada setengah juta Rohingya Islam melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos.

“Ini penyalahgunaan oleh beberapa kalangan tentera Burma, pasukan keselamatan, dan sukarelawan tempatan telah menyebabkan penderitaan yang besar,

“dan memaksa beratus-ratus beribu-ribu lelaki, wanita, dan anak-anak meninggalkan rumah mereka di Burma mendapatkan perlindungan di Bangladesh,” kata Tillerson dalam satu kenyataan.

Al-Jazeera melaporkan, penggunaan istilah ‘pembersihan etnik’ oleh Tillerson akan diikuti dengan kesan tindakan undang-undang, dan juga meletakkan taggungjawab moral kepada Amerika Syarikat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menyifatkan tindakan tentera terhadap minoriti yang ditindas sebagai kes yang sama.

Tentera Myanmar memulakan kempen ganas terhadap Rohingya pada akhir Ogos, berikutan siri serangan yang didakwa mereka dilakukan oleh ‘Arakan Rohingya Salvation Army’ di negeri Rakhine.

Para pelarian Rohingya menuduh pasukan keselamatan bertindak balas dengan kempen membakar dan pembunuhan dalam usaha untuk memaksa mereka keluar dari Myanmar.

Tuduhan tersebut disokong oleh pemantuai kumpulan hak asasi manusia.

“Mereka yang bertanggungjawab atas kekejaman itu perlu bertanggungjawab,” kata Tillerson.

Penggubal undang-undang AS telah mencadangkan sekatan perjalanan tertentu atas pegawai-pegawai tentera pada awal November.