Akhirnya Israel Tunduk; Benarkan Penghantaran Bahan Binaan Ke Gaza

1132
http://www.buletinonline.net/images/stories/aberita12/bulding%20material%20to%20Gaza.jpg

Seorang pegawai Palestin Raed Fattouh berkata, kebenaran tersebut adalah ekoran perjanjian  gencatan senjata yang ditaja Mesir, mengakhiri perang lapan yang bemula pada 14 November lalu.

“Ini adalah batu kelikir (bahan binaan) kali pertama telah dibenarkan masuk ke Gaza bagi sektor swasta Palestin sejak sekatan,” kata Fattouh, yang menyelia penghantaran 20 trak bahan tersebut.

Israel mengetatkan kepungan ke atass Gaza selepas Hamas, kumpulan Palestin yang enggan mengiktiraf negara Yahudi, mengambil alih kuasa lima tahun lalu.

Namun sejak tahun 2010, kerana tekanan antarabangsa, Israel mula terpaksa membenarkan agensi bantuan antarabangsa untuk mengimport bahan pembinaan.

Penghantaran bahan binaan dari Mesir tersebut adalah melalui pintu Rafah yang dibuka sejak kerajaan baru MMesir dipimpin Preesiden Mohammad Morsi berkuasa.

Ia adalah sebahagian daripada penghantaran yang disumbangkan oleh negara Teluk Arab, Qatar, yang telah berikrar menyumbang USD 400 jta untuk membiayai pembinaan semula Gaza.

Ikrar yang telah dibuat oleh Emir Qatar, Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani, apabila dia melawat Gaza dalam bulan Oktober, yang menjadi beliau sebagai pemimpin pertama untuk memasuki Gaza sejak sekatan dikenakan.