Air Mata Peneroka Saksi Kejatuhan Saham FGV Ke Paras Terendah

1422

Semalam menyaksikan harga saham FGV ditutup pada paras paling rendah RM1.38 sejak ianya disenaraikan tiga tahun lalu. Jatuh 30 sen dari hari sebelumnya.

Pengerusi Hal Ehwal Felda PAS Pusat Naraza Muda mempersoalakn, apakah hari ini harga itu akan terus melihat kejatuhan di bawah paras 90sen?

“Peneroka Felda pada mulanya sudah tidak ambil kisah tentang unjuran kejatuhan ini tetapi apabila ianya terus menjunam , peneroka mula tersentak dan menimbulkan kebimbangan apakah yang terjadi sebenarnya pada FGV ini,

“Timbul persoalan apakah ini memang dirancang secara sulit agar FGV berada ditahap yang sangat teruk atau ada perancangan jahat pengambilalihan kepentingan oleh pelabur luar?,”soalnya dalam satu kenyataan.

Atau pun, kata beliau, memang kerajaan pimpinan Najib sudah hilang keupayaan mengurus hal kepentingan Syarikat perladangan terbesar ini?

Timbul persoalan lagi, apakah kesan yang bakal melanda peneroka Felda jika kejatuhan ini berterusan?

Justeru itu, beliau berkata, kami Peneroka Felda mendesak kerajaan memberi penjelasan yang munasabah, bukan lawak Ahmad Maslan kepada seluruh warga Felda dan rakyat Malaysia.

“Adakah benar pelabur besar dari agensi-agensi kerajaan sudah mula menarik diri dari terus kekal melabur dalam FGV?

“Pastinya air mata, kesedihan warga peneroka Felda yang kian tua, menitis tanpa sedar, mengerutkan kedutan dahi yang sudah berkedut kerana usia ….. ,”katanya lagi.

Bahakan, ujar beliau, wajarkan dalam usia sebegini, nasib malang terus mengekori peneroka Felda yang selama ini memberi kemenangan BESAR kepada Umno? Ini kah balasanya?