Aidilfitri Mengajar Erti Insaf, Syukur Dan Ikhlas

242

الله أكبر
الله أكبر
الله أكبر

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Pergi ke taman memetik melati,
Harumnya mekar di pagi hari;
Syawal menjelang penuh bererti,
Mohon maaf setulus hati.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kita sekali lagi diberi kesempatan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri, hari kemenangan setelah sebulan kita beribadah di bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Saya mewakili Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam khususnya rakyat Terengganu.

Kehadiran Aidilfitri yang mulia ini, mengajar kita erti keinsafan, kesyukuran dan keikhlasan dalam memperbaiki diri serta mengeratkan silaturrahim. Marilah kita terus menyuburkan nilai perpaduan, saling menghormati dan kasih sayang sesama kita tanpa mengira latar belakang.

Kepada anak-anak perantau yang pulang ke kampung halaman, saya ucapkan selamat pulang. Semoga perjalanan dipermudahkan, sentiasa dalam lindungan Allah SWT, dan tiba dengan selamat di sisi keluarga tercinta. Gunakanlah kesempatan ini untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan dan menyemai kembali nilai kasih sayang yang menjadi asas keharmonian masyarakat kita.

Dalam kita bergembira, janganlah kita lupa kepada mereka yang kurang bernasib baik. Hulurkanlah bantuan dan ingatan agar kegembiraan Aidilfitri dapat dirasai bersama.

Dengan penuh kesyukuran, kami PAS Negeri Terengganu ingin menjemput Tuan/Puan Anak Perantau Terengganu seisi keluarga ke Majlis Ramah Mesra Aidilfitri PAS Terengganu Bersama Perantau yang akan diadakan pada Syawal ini :

Isnin | 23 Mac 2026
8.00 Malam
Dewan Konvensyen, Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu

Semoga kehadiran semua dapat mengeratkan silaturrahim dan beroleh berkat dalam meraikan bulan Syawal yang mulia ini.

Akhir kata, saya mendoakan agar kita semua sentiasa dilimpahi rahmat, keamanan dan kemakmuran. Semoga amal ibadat kita pada bulan Ramadan diterima oleh Allah SWT.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

نقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال

Dato’ Ustaz Husain Awang
Pesuruhjaya PAS Terengganu