Ahli PAS Tahu Pilih Pemimpin Sendiri, DAP Tak Perlu Campurtangan

1229

KUALA TERENGGANU – PAS Terengganu menyifatkan sikap dan tindakan yang diambil oleh DAP mengguris hati orang Melayu dan orang Islam serta merugikan Pakatan Rakyat.

Pesuruhjayanya Ustaz Satiful Bahri Mamat berkata, DAP perlu sedar bahawa kemenangan yang diraih oleh parti dalam pilihanraya umum ke-13 lalu adalah undi kepada Pakatan Rakyat, bukannya kepada DAP sahaja.

“kita merasakan ianya akan mengguris hati orang melayu dan mungkin akan membawa tindakan politik yang merugikan DAP itu sendiri dan Pakatan Rakyat.

“Dalam hal ini, DAP kena sedar bahawa kemenangan DAP itu bukan hanya sokongan dari ahli DAP sahaja ataupun berdasarkan pengundi seperti India, Cina,T

“tapi ia juga disokong dari kalangan ahli-ahli yang bersimpati dengan PAS, ahli-ahli PAS, penyokong-penyokong PAS,”ujarnya.

IMG-20150327-WA0134 (2)Beliau mendakwa dari segi politiknya, pengaruh DAP di Semenanjung Malaysia sudah ‘tepu’ dengan apa yang dicapai oleh parti itu di Pulau Pinang dan kawasan-kawasan lain.

Oleh itu, menurutnya, tindakan dan sikap DAP adalah satu cubaan untuk meraih undi pada pilihanraya negeri Sarawak.

Oleh itu, kata beliau, sekiranya DAP tidak bersetuju dengan perjuangan PAS untuk mencapai matlamat menegakkan syariat, DAP patut meninggalkan Pakatan Rakyat.

Beliau menjelaskan, tindakan itu adalah lebih sesuai, kerana DAP pernah meninggalkan Barisan Alternatif ketika kerajaan negeri Terengganu meluluskan Enakmen Jenayah Syariah semasa di tadbir oleh PAS pada tahun 2002.

“Dari segi PAS, kita merasakan, komitmen kita, kesungguhan kita yang tidak berbelah bagi dalam mencapai matlamat perjuangan kita. Termasuk untuk menegakkan syariat di negeri kita dan juga di Malaysia ni sendiri.

“Ini usaha kita, perjuangan kita. Setakat mana yang kita boleh mampu pergi, kita akan pergi. Sebab itu kita berserahlah mengikut ketentuan Allah S.W.T. tapi kita terus berusaha,”jelas beliau.

Oleh yang demikian katanya, masalah PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat tidak timbul kerana ia adalah keputusan yang telah dicapai melalui muktamar tahunan.

Beliau memberi peringatan agar DAP tidak mencampuri urusan dalam pemilihan kepimpinannya.

Menurutnya, kenyataan dan tindakan DAP, menyerang Dato’ Seri Tuan Guru tidak sedikit pun mengurangkan pengaruh Presiden PAS, bahkan tambah mengukuhkan kepimpinannya.

“Dengan perkembangan mutakhir ini, saya rasa Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang lebih kukuh dari segi jawatannya………..yang menentukan kepimpinan dalam PAS ni adalah ahli PAS, perwakilan PAS (dalam Muktamar) dan hari ini (ahli PAS) sudah lebih 1 juta,

“Jadi kami lebih tahu siapa yang lebih layak memimpin kami……….orang luar sepatutnya tak perlu campurtangan dalam urusan kepimpinan kami,”tegasnya.

Beliau berkata, tindakan dan kenyataan DAP itu secara langsung akan dilihat sebagai usaha di belakang tabir menyokong mana-mana pimpinan yang cuba menjatuhkan Presiden PAS.