Ahli PAS Bukan Sahaja Berpolitik

132

KUALA TERENGGANU – Ahli PAS bukan sahaja berpolitik semata-mata tetapi juga menjadikan diri mereka beribadah lebih dekat dengan Allah.

Naib Ketua Muslimat PAS Terengganu, YB Zuraida Md Noor berkata, PAS mendidik setiap anggoranya untuk taat dan patuh kepada perintah Allah Subhanahu Wa Ta’ala.

“Muslimat dan Ameerah (Muslimat Muda) kita bukan sahaja keluar berkempen dari rumah ke rumah di masa yang sama mereka menjaga akhlak dan pembawaan diri sebagai seorang muslimah yang takut kepada Allah,” ujarnya.


Zuraida berkata demikian dalam satu majlis Mahabbah di Kuala Ibai di sini pada 24 Mei lalu.

Menurutnya lagi PAS bukan sahaja mendidik ahli-ahli malah juga cuba menyampaikan dakwah kepada golongan yang susah mereka santuni.

” Penerima – penerima sumbangan kebajikan PAS dan ziarah yang berterusan, kami melihat mereka ada perubahan, mereka menjadi dekat dengan Allah, Alhamdulillah,” katanya lagi