Ahlam Aref Ahmad Muslimat Jordan Paling DiKehendakki AS

1855

FBI telah meletakkan seorang wanita Jordan yang membantu dalam pengeboman berani mati tahun 2001, di restoran Jerusalem sebagai senarai hitam yang paling dikehendakki di AS.

Kes AS terhadap Ahlam Aref Ahmad al-Tamimi telah difailkan pada tahun 2013 tetapi diumumkan oleh jabatan kehakiman pada Selasa.

Pertuduhan ke atas al-Tamimi didakwa daripada tindakannya pada 9 Ogos 2001, terlibat dalam mengebom di sebuah kedai pizza Sbarro.

Dalam kejadian itu, 15 orang terbunuh dan kira-kira 120 orang lain cedera serta dua daripada mereka yang mati adalah warga Amerika Syarikat.

Selepas penangkapan beliau, kini berumur 30-an telah mengaku bersalah pada satu perbicaraan di Israel serta dijatuhkan hukuman 16 tahun penjara pada 2003.

Aduan jenayah oleh AS Selasa dikenakan al-Tamimi, yang bekerja sebagai wartawan di sebuah stesen televisyen di Tebing Barat yang diduduki.

Beliau dituduh berkomplot dengan menggunakan senjata pemusnah besar-besaran di luar AS terhadap warga negara itu.

Pendakwa raya persekutuan mendakwa beliau telah bersetuju pada musim panas tahun 2001 untuk melancarkan serangan bagi pihak sayap tentera Hamas dan telah mengembara dengan pengebom restoran tersebut ke Jerusalem.

(Ahlam Tamimi bepelukan dengan keluarganya ketika dibebaskan pada 2003)

Pendakwa raya berkata beliau mengarahkan pengebom meletupkan bahan letupan, yang tersembunyi dalam gitar, di kawasan itu.

‘Tidak akan lupa’

Al-Tamimi telah dibebaskan dari penjara pada tahun 2011 sebagai sebahagian daripada pertukaran tahanan antara Israel dan Hamas.

Beliau telah kembali ke Jordan, walaupun jabatan kehakiman itu berkata ia sedang berusaha untuk membawa beliau ke dalam tahanan, sebaliknya mahkamah Jordan telah berkata perlembagaan mereka tidak membenarkan ekstradisi warga Jordan.

Mary McCord, ketua bertindak bahagian keselamatan negara jabatan keadilan, menggelar al-Tamimi sebagai “pengganas yang tidak mau bertobat”.

“dakwaan bermula hari ini menjadi peringatan bahawa apabila pengganas mensasarkan rakyat Amerika di mana sahaja di dunia,

“kita tidak akan lupa dan kami akan terus berusaha untuk memastikan mereka bertanggungjawab,” kata McCord.
Al-Tamimi mungkin menghadapi hukuman penjara seumur hidup jika dia ditangkap, dibicarakan dan didapati bersalah di Amerika Syarikat.

Sumber: Agensi-agensi berita