Agenda Kebajikan Rakyat Menjadi Keutamaan

98

Oleh : Adli Mohamad

DUNGUN- Parti Agama Islam Se-Malaysia (PAS) terus dominan melalui setiap agenda yang dirancang, semuanya menjurus kepada agenda kebaikan kepada masyarakat yang menjadi keutamaan.

Setiausaha Kebajikan PAS Negeri Terengganu, Ghazali Sulaiman berkata ini kerana setiap pemimpin parti berkenaan menjiwai kehidupan rakyat.

“Dimana ketika ini berhadapan dengan isu Covid-19 yang masih belum reda malah pandemik berkenaan mengakibatkan rakyat ramai terkesan dari sudut ekonomi malas turut memberi kesan kepada emosi.

“Malah rakyat terus berjuang melansungkan kehidupan. Tambah pula kini sedang menghadapi banjir. Semua ini menjadi episod sedih buat rakyat yang perlu menjadi keutamaan. Justeru itu PAS sentiasa berada di hadapan bagi merancang segala aktiviti masyarakat yang berteraskan kepada kebajikan,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keutamaan PAS terhadap kebajikan masyarakat, di sini, pada Rabu, 6 Januari.

Katanya, PAS yang merupakan entiti sebuah gerakan Islam yang menyertai politik mengikut lunas yang digariskan oleh sumber Islam.

“Iaitu menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah. Politik dijadikan mekanisme bagi menyampaikan dakwah bagi memastikan ajaran Islam itu dapat diamalkan secara menyeluruh di Malaysia di samping menjaga aspek kebajikan masyarakat.

“Wawasan PAS juga bukan semata-mata duniawi sebliknya melangkau jauh memandang kepada akhirat. Kerana itu pemimpin PAS menilai dari sudut menjaga rakyat dengan menjadi dosa dan pahala sebagai kayu ukur melakukan gerak kerja,” ujarnya.

Menurut beliau model pentadbiran mengikut panduan Islam dapat dilihat melalui tiga buah negeri.

“iaitu Negeri Kelantan yang telah lama diperintah oleh PAS, Negeri Kedah dan Juga Negeri Terengganu yang mana kita dapat lihat bagaimana setiap agenda dan perancangan dilakukan adalah menjamin kebajikan rakyat demi kesejahteraan hidup, setiap agihan diberikan sama rata tanpa ada yang ketinggalan.

” Malah dibuktikan pula melalui kerajaan persekutuan dimana melalui Menteri dan timbalan Menteri dari PAS dilihat sangat cemerlang didalam pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan.

“Sehingga PAS pada masa kini dilihat sebuah parti yang menjadi harapan kepada seluruh masyarakat untuk terus memimpin kerajaan agar menjadi sebuah negara yang berteraskan Islam dimana keadilan dapat ditegakkan,” ujarnya.