Agama Dengan Politik Pemerintahan Adalah Saudara Kembar

236

DUNGUN – Agama dengan politik pemerintahan adalah saudara kembar dan sentiasa beriringan, jika salah satu di ketepikan maka akan berlaku kepincangan .

Mengulas lanjut, Yang Dipertua PAS Dungun, Ustaz Wan Hassan Mohd Ramli berkata tayar motosikal ada dua tetapi apabila dibuang satu tayar, kenderaan tersebut tidak dapat dibawa ke mana-mana pun.

“Jadi itulah kita kena bantu Islam supaya Islam memerintah, buat kerja dengan bersungguh-sungguh, berstrategi dan bersistematik.” katanya.

Ustaz Wan Hassan berkata demikian di dalam satu pertemuan bersama ahli PAS Cawangan – Cawangan di Dewan Darul Bayan di Paka dekat sini pada 20 Ogos lalu.

Menurutnya, imam yang adil ialah pemerintah yang adil, kalau kerajaan adil, kerajaan itu di bawah naungan Allah.

“Jemaah ada dua, satu jemaah kecil, emaah kecil jemaah sembahyang, jemaah besar jemaah memerintah, PAS inilah,

“Jadi semua kerja kita menjadi amal soleh, kita turun rumah pukul berapa dari rumah tadi? Sepanjang urusan kita untuk perjuangan ini menjadi amal soleh dan mendapat ganjaran pahala,” jelasnya lagi.