ADUN Umno Gagal Bangunkan Seberang Takir

3013

KUALA NERUS – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir, Dato’ Seri Ahmad Razif Abdul Rahman gagal membangunkan Seberang Takir walaupun beliau merupakan wakil rakyat yang telah bekhidmat selama dua bagi kawasan itu.

Menteri Besar Terengganu itu tidak mampu mengekspolitasi potensi DUN terbabit walaupun lokasinya terletak dalam garis yang begitu strategic, diantara bandaraya Kuala Terengganu, Bandar Baru Kuala Nerus.

Tidak ada apa-apa perubahan ketara kepada DUN yang memiliki lapangan Terbang Sultan Mahmud serta sumber yang berhampiran dengan muara sungai Terengganu dan Laut China Selatan.

Pengarah Majlis Tindakan Dun (MTD) Seberang Takir, Ustaz Zakaria Dagang menyifatkan banyak projek yang dicanangkan Razif hanya ’angan-angan’.

“Dato’ Seri Razif ni banyak idea yang dicetuskan kepada rakyat dalam istilah kita orang Terengganu ni ‘dok jejok bumi’,

“antaranya nak buat ‘River Cruise’ lah……..nak jadikan orang naik penambang macam naik bas … duduk tepi jalan bas lalu…….tahan penambang boleh naik,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui dalam program ‘Langkah Al-Fateh DUN Seberang Takir’ yang diadakan di Dataran ArRasyidin, Telaga Daing pada Jumaat 26 Mei.

Ustaz Zakaria berkata, ia menggambarkan Pengerusi Umno Terengganu itu tidak serius dalam membangunkan kawasan yang diwakilinya.

“Jadi dia (Razif) pun nak buat konsep penambang lalu tepi alur, tepi parit dan sungai … orang pun ‘tahan’ nok naik gie ke bandar ( Kuala Terengganu)

“tapi setelah dua penggal (dia menjadi wakil rakyat)…..tak ada apa yang berlaku,” kata beliau.

Menurutnya, alur atau anak sungai yang Razif mahu jadikan laluan ‘River Cruise’ masih semak samu dan jambatan yang merentangi masih rendah, tidak mungkin dilalui oleh bot penambang.

“Kita (rakyat) dengar kelakar ……… tu idea dia (Razif) kata … nok bagitau dia ni ‘brilliant’… otak geliga … pandai berfikir idea pelik-pelik’

“Kesudahannya semua idea itu tidak menampakkan hasil….. pelik ‘bedooh lalu’ (terlajak pelik)”, tambahnya.