ADUN Jabi ‘Kantoi’ Isytihar ‘Orang Umno Masuk Umno’

19462

SETIU –  Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi Mohd. Iskandar Jaafar telah ‘kantoi’, pecah tembelangnya, apabila beliau didapati membuat perisytiharan ‘orang Umno masuk Umno’ yang cuba mengelabui mata warga DUN terbabit.

Seorang penduduk tempatan Sidik Idris, dari Kampung Kerandang di sini berkata, tindakan wakil rakyat Barisan Nasional itu sebagai ‘sebuah skrip lama’ yang dikitar semula apabila hampir tiba pilihan raya umum (PRU).

”Tape (pita) video lama ini akan ditayangkan kembali setiap kali tiba musim PRU…….skrip lapuk orang PAS masuk Umno,

“Nampak terdesak sungguh ADUN Jabi untuk mengekalkan kerusi berhadapan cabaran hebat PAS, ”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas majlis ceramah penerangan isu semasa Umno yang kononya mengisytiharkan ‘ahli PAS masuk Umno’ di Kerandang, pada Sabtu 25 Mac 2017.

Sedangkan kata Sidik, individu yang didakwa menyerahkan ‘borang masuk Umno’ di atas pentas memang dikenali ramai oleh orang kampung setempat adalah ahli Umno sendiri.

“Sejak PRU lepas lagi dia dah pikul bendera Umno, malah lebih menyedihkan lagi bila dimaklumkan bahawa hamba Allah itu adalah individu bermasalah dalam masyarakat,’ ” jelasnya.

(Dr Azman……..ke mana perginya peruntukan wakil rakyat RM30 juta?)

Sementara itu, Pengerusi Majlis Tindakan PAS DUN Jabi  Dr. Azman Ibrahim ketika dihubungi menyifatkan, tindakan Umno itu adalah satu cubaan untuk mengalihkan isu pembangunan dan ketidaktelusan yang berlaku dalam DUN tersebut.

“persoalan tentang pembangunan DUN Jabi tidak dijawab……… tak  ada kemudahan hentian bas, pasar pun umpama ‘hidup segan mati dok mahu’,

“masjid kayu lama masih ada lagi, jalan kampung masih berselut, soal keselamatan hanya ada pondok polis hanya ada sorang anggota sahaja, dan banyak lagi,” tegas beliau.

Katanya, dalam DUN Jabi hanya ada 28 kampung sahaja, sedangkan peruntukan wakil rakyat yang diumumkan kerajaan adalah sebanyak RM30 juta.

“ke mana dibelanjakan RM30 juta peruntukan pembangunan DUN……..ada 30 kampung dalam Jabi ni, maknanya satu kampung dapat lebih sejuta ringgit!,

“apa yang kita lihat tak ada apa pembangunan yang jelas dilaksanakan untuk kemudahan orang kampung kecuali yang telah wujud sebelum ini,”tambahnya.