Adun Gombak Setia serah Sumbangan RM31,300

2646

GOMBAK – Satu majlis penyerahan sumbangan kemasyarakatan telah diadakan di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) Dun Gombak Setia di Taman Berjaya kelmarin.

Sumbangan berupa ‘mock cheque’ yang bernilai RM 31, 300 itu diserahkan kepada 14 buah NGO dan Ketua-ketua masyarakat yang telah disampaikan oleh YB Hasbullah Ridzwan, Ahli Dewan Negeri Gombak Setia. Majlis telah disaksikan oleh wakil-wakil dari kedua belah pihak.

Hasbullah dalam ucapannya berkata, pihak pusat khidmat sangat-sangat mengalu-alukan pelbagai pihak tanpa mengira latarbelakang politik untuk memohon sumbangan aktiviti kemasyarakatan dan aktiviti berfaedah demi kepentingan penduduk dan masyarakat.

Peruntukan kewangan yang telah dipecahkan beberapa sector antaranya infrastruktur, kebajikan, keselamatan, pelajaran dan keagamaan itu juga sebagai pemangkin semangat untuk penganjur terus mendidik masyarakat dalam aktiviti berfaedah dalam program-program mereka.

Antara wakil yang hadir menerima sumbangan adalah dari JMB Sunway Batu Caves, Persatuan Ibu Tunggal Gombak, Kelab TRW Gombak, Flat Taman Samudra, Sekolah Kebangsaan Gombak Utara, Nisa’ Gombak, Pasti Al-Qamar, Kafa Jabal Nur, JKK Gombak Utara, Kelab Remaja Masjid Rahimah dan Kelab Enginius UIA.

Mohd Iqman Ibrahim, 29 tahun, yang mewakili Kelab Remaja Masjid Rahimah berterima kasih atas sumbangan yang diterima.

“Saya mewakili Kelab remaja Rahimah berterima kasih kepada pihak YB yang sudi untuk memberi sumbangan dalam aktiviti remaja di Masjid Rahimah dan berharap lebih ramai yang sudi menyumbangkan dana dalam aktiviti-aktiviti remaja di Masjid Rahimah” jelas beliau yang juga pengerusi Kelab Remaja tersebut.

Nora, Pengerusi JMB Sunway Batu Caves yang telah menerima sumbangan berkata, sumbangan tersebut akan digunakan untuk infrastruktur di kawasan tersebut.