Penyakit Orang Yahudi

366

Golongan Yahudi merupakan ahli kitab yang tahu akan kebenaran Nabi utusan Allah SWT. Perkara ini kerana kisah Nabi ada dalam kitab-kitab mereka dan disebut oleh nabi-nabi pada zaman dahulu. Namun, mereka tidak ikut ajaran Nabi SAW.

Kebanyakan mereka suka mendengar berita bohong yang bukan daripada Nabi SAW lalu mempercayainya. Mereka mengubah sehingga menyeleweng dan menjadi fitnah yang besar dalam masyarakat.

Ujian seperti ini lebih banyak berlaku pada zaman sekarang, iaitu zaman “maklumat di langit terbuka” Internet. Berbagai-bagai jenis golongan yang menulis dan menyebarkan maklumat termasuklah orang jahil, kafir, baik dan jahat membuatkan maklumat menjadi bercelaru.

Masyarakat tidak belajar dengan guru malah memilih Internet. Kita semakin mudah untuk terus percaya dengan apa yang baru dibaca.

Penyakit orang Yahudi kini masuk dalam kalangan masyarakat kita yang jahil dan golongan alim tetapi tidak faqih. Akhirnya masyarakat semakin sesat, bercelaru dan tenggelam dalam pembohongan.

Akibatnya, masyarakat memilih dan mengikut hukum Islam yang sesuai dengan nafsu mereka sahaja dan meninggalkan hukum yang tidak sesuai dengan nafsu mereka seperti apa yang dilakukan oleh orang Yahudi.

Berlaku bencana iaitu hukum syariat dan undang-undang Islam menjadi tidak menyeluruh dan bercanggah dengan al-Quran dan hadis Nabi SAW. Berwaspadalah kita dalam zaman yang penuh fitnah ini.

[Kuliah Dhuha Jumaat, 6 Safar 1447H, Masjid Rusila, Marang]