DUN Wakaf Mempelam Baca Surah Yassin Setiap Malam

491

Oleh : Azizah Mahmood

KUALA TERENGGANU – Sempena Program Munajat Terengganu, ADUN Wakaf Mempelam YB Wan Sukairi Wan Abdullah bersama rakyat dalam DUN mengadakan program bacaan surah Yassin setiap malam pada jam 8 malam, bermula pada 21hb Jun yang lepas.
Beliau berkata, munajat tersebut adalah usaha membendung virus maut daripada terus menular dalam kalangan rakyat negeri ini.

“program ini bertujuan untuk kita bersama sama kerajaan negeri Terengganu menyahut seruan munajat Terengganu dalam memohon pertolongan Allah swt tentang apa yang kita hadapi sekarang iaitu pendemik covid 19.” ujar beliau ketika di akhir program atas talian yang mana beliau sendiri menjadi peserta program atas talian itu.

Menurutnya, program bacaan yassin itu juga di harapkan dapat mengumpul semua para asatizah dan semua masyarakat dalam DUN Wakaf Mempelam dalam menunjukkan kebersamaan memohon pertolongan Allah supaya pendemik ini berakhir secepatnya.

“Bila kita bersama memohon pertolongan daripada Allah, kita yakin Allah mendengar rintihan kita, doa kita, munajat kita dan angkat segala ujian ini jauh jauh.” ujar beliau.

Justeru, beliau berharap agar mereka yang diuji positif Covid-19 agar bersabar menghadapi ujian Aalah itu.

“ramai yang positif dan kita tidak tahu berapa ramai lagi yang akan diuji, kita mohon di jauhkan dan kepada yang di uji positif, di kuarantin, banyakkan bersabar,

“banyakkan mengingati Allah kerana setiap ujian itu hadir dengan hikmah yang kita tidak nampak di sebaliknya, ” tambah beliau.

Program yang dimulakan dengan bacaan Yassin, doa dan tazkirah ringkas mengambil masa lebih kurang 40 minit dan di bantu oleh Ketua Ulama DUN Ustaz Fauzi Jusoh, Ketua Tarbiyah Ustaz Zulkifli Muhamad dan Ahli Jawatankuasa TarbiyahUstaz Abdul Manaf Ghani.