PAS Terengganu Gesa Batalkan ABPBH

1223

Heboh dipersoalkan apabila kebenaran diberikan kepada penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang dijadualkan berlangsung pada malam ini.

Berita ini sememangnya agak tidak wajar, walaupun disebut ianya dianjurkan mengikut garis panduan yang ditetapkan.

Umum mengetahui, kita semua dalam keadaan diancam wabak Covid-19 di mana pihak barisan hadapan sedang bertarung nyawa mengekang penularan wabak ini yang kian membarah, dan rakyat diminta memberikan kerjasama yang sebaiknya.

PAS Terengganu melihat, perkara ini seakan tidak adil iaitu tidak meletakkan sesuatu pada tempatnya. Sepatutnya, Kerajaan Persekutuan lebih prihatin akan keperluan rakyat ketika ini, bukan mendahulukan perkara yang tidak memberikan sumbangan kepada rakyat.

Malah, ianya mengundang amarah rakyat dan dalam masa yang sama dapat mendatangkan murka Allah SWT. Nauzubillah min zaalik.

Sekali lagi, PAS Terengganu komited menyatakan ketegasan dan menggesa agar penganjuran program hiburan ABPBH ini dibatalkan.

Semoga kita semua dipelihara dari fitnah duniawi, dan bumi yang kita diami ini juga beroleh rahmat dan redha Ilahi.

“Islam Memperkukuh Perpaduan”

Wan Sukairi Wan Abdullah,
Ketua Penerangan PAS Terengganu.
Jumaat, 13 November 2020