Sekurang-kurangnya 70 orang terbunuh pada hari Ahad dalam rentetan serangan udara rejim Syria di pasar Douma, sebuah bandar yang dikuasai pejuang berhampiran Damsyik.
Kumpulan pemantauan berkata, sekurang-kurangnya 200 orang cedera, dengan jumlah kematian, kebanyakannya orang awam, mungkin meningkat kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan serius.
Menurut Balai Cerap Syria bagi Hak Asasi Manusia, tentera Syria telah menyerang sebanyak empat kali pada sasaran yang sama.
“Rejim menjalankan empat serangan udara terhadap sebuah pasar di pusat Douma maklumat awal menunjukkan kebanyakan yang mati adalah orang awam,”kata Pengarah Balai Cerap Rami Abdel Rahman.
Beliau berkata, penduduk tempatan telah berkumpul di tapak selepas serangan pertama untuk membantu memindahkan mangsa yang cedera apabila serangan berulang melanda.
Sebuah video yang disiarkan dalam talian oleh aktivis selepas serangan menunjukkan satu persimpangan berselerak dengan runtuhan dan logam berpintal.
Hadapan beberapa bangunan berhampiran nampaknya telah ‘dicukur’ oleh kuasa letupan, dan beberapa kenderaan telah terbalik dan renyuk di tengah-tengah runtuhan.
Douma terletak pada kubu pejuang di Timur Ghouta, kawasan di luar ibu negara yang menjadi sasaran tetap serangan udara kerajaan.
Awal minggu ini, Amnesty International menuduh kerajaan Syria melakukan jenayah perang di Timur Ghouta, berkata pengeboman udara berat telah mengakibatkan kesengsaraan berganda ekoran sekatan kerajaan di kawasan itu.
Serangan semalam ke atas Douma berlaku selepas ketua kemanusiaan PBB Stephen O’Brien membuat lawatan pertama beliau ke Syria sejak mengambil jawatan bantuan bahagian pada bulan Mei.





























