KEMAMAN – PAS mencadangkan agar kerajaan mencari penaja bagi membiayai kos mengurus dan menyelenggara dan Zoo Bukit Takal bagi mengelakkan pembaziran dana awam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Haji Hanafiah Mat berkata, ia juga boleh bagi mengurangkan pengaliran wang keluar daripada hasil cukai dan pelbagai caj, yang dikutip daripada rakyat, khususnya oleh Majlis Perbandaran Kemaman.
”Perbelanjaan (Zoo Bukit Takal) setahun hampir M3 juta yang melibatkan kos makanan dan kos penyelenggaraan dan juga kos operasi. Manakala pendapatannya saya difahamkan sekitar RM7 ratus hingga ke lapan ratus ribu setahun.
“(Defisit) Ini menandakan bahwa Majlis Perbandaran Kemaman terpaksa mencari kewangan lain bagi memastikan Zoo Bukit Takal berjalan dengan baik.
“Saya pernah mencadangkan supaya sebahagian daripada binatang ini diswastakan kepada syarikat-syarikat sebagaimana yang dibuat oleh zoo negara contohnya Harimau (ditaja oleh) Malayan Banking,” ujarnya.
Menurutnya, adalah lebih wajar hasil MPK dibelanjakan untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat khususnya di bandar Chukai.
Ia adalah kerana, kata beliau, terlalu banyak kemudahan yang rosak dan perlu dibaiki dalam kawasan Zoo terbabit.
Beliau yang juga Penolong Setiausaha PAS Terengganu berkata, ia akan memberikan masalah kewangan kepada MPK sekiranya kos mengurus zoo itu terus dibiayai oleh kerajaan.
”banyak yang berkarat…….reput, Taman Permain Kanak-kanak telah ditutup……perlu diperbaiki segera,
”gelongsor air dah rosak….. lebih lima tahun lalu masih belum dibaik pulih, apabila banyak kemudahan tidak ada dan binatang pun tak banyak,
”zoo ni jadi tidak menarik untuk dikunjungi,” jelas beliau.
Katanya, ia tidak ‘menaikkan semangat’ dan rasa orang ramai untuk datang, seperti Zoo Negara Malaysia.
”ada itik angsa……di rumah orang pun boleh tengok (tak perlu ke Zoo)….saya rasa tidak boleh menarik minat kanak-kanak ataupun orang ramai untuk melihat,” kata beliau..
Justeru itu, beliau mengharapkan supaya kerajaan melihat dan menilai kembali perjalanan zoo tersebut.
“(mungkin) menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi memastikan operasi ini tidak membebankan Majlis Perbandaran Kemaman yang pada hari ini pendapatan MPK pun sangat berkurangan,
”akibat banyaknya kilang-kilang yang ditutup menyebabkan tidak tidak dapat mengambil cukai-cukai pintu daripada mereka semua,” tambah beliau.