Oleh : Rohayati Ripin
KUALA NERUS – Media merupakan satu unsur dan juzuk yang sangat penting serta menjadi tulang asaskepada perjuangan PAS.
Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independent (KAMI), Dr Azman Ibrahim, berkata, contoh yang paling mudah apabila bangun pagi, perkara yang mula – mula sekali dilakukan, ambil telefon dan buka whatapps tengok berita yang terbaru keluar pagi ini.
“Ini mengambarkan betapa pentingnya maklumat dan info terbaru kepada kita sekarang ini dan komponen inilah yang cuba diperkasakan dalam konteks parti PAS serta kami cuba untuk mengambil satu ruang dan juzuk penting untuk berada di medan ini,
“Dan apabila berada di medan perjuangan media, ianya memerlukan belanja yang sangat besar. Liputan kita bukan setakat dalam negara bahkan sehingga peringkat antarabangsa,”ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam ucapan aluannya ketika majlis Makan Malam Amal Media 2017, anjuran Unit Media, Lajnah Penerangan dan Hubungan Media PAS Terengganu dengan kerjasama KAMI di Nr Café, Tok Jembal, 25 Ogos, disini.
Menurutnya, krew media KAMI telah dihantar ke Sudan, Dabur, Somalia, Gaza , Asam di India, Acheh, Bintanau dan beberapa buah negara lagi.
“Berita daripada kerja krew media KAMI juga diterbitkan dalam beberapa media arus perdana dan kita meletakkan sasaran KAMI untuk menjadi tulang belakang parti dari segi perjuangan media,
“Kalau liputan peristiwa- peristiwa penting dalam negara memang ini menjadi rutin dan tugas dan tanggugjawab. Jadi dalam melaksanakan tanggungjawab tugas jihad di medan media ini memang kita memerlukan satu sokongan kewangan yang kuat,” jelasnya.
Dan sahabat KAMI jelas beliau, mereka adalah insan di belakang tabir yang bekerja penuh keikhlasan untuk menaikkan parti dan memperkenalkan orang lain walaupun dalam masa yang sama mereka tidak dikenali.
“Saya sebagai pengerusi KAMI rasa beruntung untuk berada dikelilingi sahabat-sahabat yang ikhlas berjuang tanpa sebarang kepentingan. Kita yang berada diatas mungkin tak berapa ikhlas sebab gambar dan kenyataan kita keluar dalam surat khbar serta media,
“Berbanding dengan sahabat – sahabat yang berada dibelakang tabir mereka memang bekerja tanpa sebarang kepentingan. Kadang-kadang lapar dia tak bagitahu pada kita …. takde duit tak beritahu pada kita …… pergi kesana kemari susah senang tidak ada orang tanya khabar,”katanya sedikit hiba.
Justeru, wadah KAMI dibentuk untuk kita menyatukan tenaga media ini agar menjadi tulang belakang kepada jihad media kepada Parti Islam Semalaysia (PAS). Kita mesti menjadikan media suatu agenda penting perjuangan Islam. Tuan Guru Presiden PAS masa merasmikan makan malam media pada tahun lepas menekan betapa pentingnya peranan dalam soal jihad media.




























