600 Ekor Lembu, 500 Ekor Kambing Dikorbankan di Kassala, Sagarab dan Darfur

1793

KUALA TERENGGANU – Program korban yang dianjurkan oleh Yayasan Amal Terengganu di Sudan pada tahun ini dibahagikan kepada 3 kumpulan, kumpulan 1 ke Kem pelarian Kassala dan Sagarab, manakala kumpulan 2 ke Kem pelarian Darfur di Khartoum.

IMG-20150925-WA0077Menurut Ketua Delegasi Dr Suhazeli Abdullah, kumpulan 3 yang turut disertai oleh Presiden Yayasan Amal Malaysia Haji Hussin Ismail, melaksanakan korban di kem pelarian Darfur, Selatan Sudan.

Katanya, sebanyak 50 ekor lembu dan 50 ekor kambing telah disembelih di Kassala.

“Selesai hari pertama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu menyempurnakan wakalah ibadah Korban & Aqiqah di Kem Pelarian Kassala,

IMG-20150925-WA0074“Sebanyak 50 ekor lembu dan 50 ekor kambing telah disembelih,”ujarnya melalui mesej yang dihantar menerusi aplikasi Whatsapp.

Beliau berkata, kumpulan 1 telah meneruskan perjalanan ke Kem Pelarian Sagarab yang jaraknya kira-kira 2 jam perjalanan ke utara Kasalla.

IMG-20150925-WA0071Katanya, hampir 3000 keluarga pelarian menginap di kem itu dan pihak Yayasan Amal Malaysia Terengganu telah ‘mengorbankan’ sebanyak 150 ekor lembu di kem itu.

“Kumpulan 2 dan 3 juga akan melaksanakan amanah yang diberikan. Sebahagian besar telah disempurnakan semalam dan hari ini. Manakala bakinya pada hari esok (semalam).

“Sebanyak hampir 600 ekor lembu dan 500 ekor kambing untuk program qorban dan aqiqah di Sudan pada tahun ini,”jelasnya

IMG-20150925-WA0069Selain itu, kata beliau, sebanyak 5000 naskah al-Quran akan diedarkan secara wakaf kepada penduduk kem pelarian di Kassala, Sagarab dan Darfur.

Bagi pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu beliau mengucapkan terima kasih atas kepercayaan dan sumbangan yang telah diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan misi ini.