59 Tahun Merdeka; Malaysia Gagal Menjadi Negara Maju Dan Diberkati

2291

Alhamdulillah , Allah telah mengurniakan tanah air yang tercinta ini berbagai sumber alam, degan penduduk masyarakat yang berbilang bangsa dan budaya. Hari ini kita telah menyambut hari merdeka kali ke 59, dengan erti kata umur sudah menjangkau 59 tahun , sudah cukup untuk membangunkan Negara Malaysia sebagai sebuah negara maju dan di berkati.

Tetapi malang, seribu kali malang adalah sebuah berhadapan dengan berbagai masalah. Masalah sosial yang sangat kritikal, yang sekarang ini semakin kritikal dan semakin parah. Kalau kita tengok statistik dalam masalah sosial yang ada di dalam Malaysia hari ini, daripada statistik JAKIM, mencatatkan 81,000 anak tak sah taraf didaftarkan sehingga tahun 2011.

Begitu juga anak tak sah taraf, maklumat daripada Jabatan Pendaftaran Negara, tahun 2000-2008, walaupun ianya telah menjangakau lebih daripada lebih dari 8 tahun, tapi statistik ini merupakan angka yang sangat membahayakan negara kita.

Bagaimana, sebanyak 257, 000 sijil kelahiran bayi yang didaftarkan tanpa nama bapa, bermakna secara puratanya, hampir 2,500 kes anak tak sah taraf direkodkan setiap bulan daripada 2000-2008 , setiap bulan 80 kes. Di Terengganu sahaja mencatatkan rekod yang dikeluarkan oleh JPN sebanyak 574 orang.

Zarani Othman
“aktiviti seksual di kalangan remaja 13 hingga 17 tahun, rekod WHO, 2005-2011, mencatatkan Malaysia berada tempat yang keempat daripada 10 negara,”Hajah Zarani

Ini gambaran yang diberitahu pada 2000-2008 dan masalah ini makin bertambah, dan semakin lama semakin banyak, dan semakin lama semakin meruncing, apa yang berlaku dalam negara kita. Begitu juga, kes aktiviti seksual di kalangan remaja 13 hingga 17 tahun, rekod WHO, 2005-2011, mencatatkan Malaysia berada tempat yang keempat daripada 10 negara, dalam kes yang berkaitan kehamilan remaja berusia 15 hingga 19 tahun. Ianya telah diwar-warkan atau telah diutarakan, dikeluarkan secara rasmi dalam Harian Metro, Mac 2005.

Dengan apa yang berlaku , penyelewengan , penyalahgunaan dadah, rasuah, begitu juga dengan projek-projek, dengan salah guna kuasa dan sebagainya. Dalam Kongres Rakyat Terengganu baru-baru ini, membuktikan kepada kita bahawa salahguna kuasa, salah urus, hospital dungun , hospital kemaman yang sepatutnya siap tersergam, boleh digunakan boleh digunakan oleh penduduk oelh rakyat negeri terenganu hingga sekarang hanya cerucuk-cerucuk yang dikelilingi dengan semak samun.

Dan begitu jugak negara yang dikatakan merdeka dengan umur 59 tahun, bagaimana rakyat di Negeri Terengganu , khususnya, menghadapi kos sara hidup yang tinggi, harga barang yang sentiasa naik, dan padanlah orang kata BN ini, barang naik. Dan sekarang ini dikenakan dengan GST.

Oleh itu Dewan Muslimat PAS Kawasan Marang merasa bertanggung jawab mengajak semua rakyat Malaysia kembali menginsafi dan kita bertanggungjawab kita mengisi dan merealisasi kemerdekaan sebenar mengikut acuan Islam dengan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Firman Allah; “Wahai manusia abdilan diri kepada tuhan yang menciptakan kamu dan orang-oran rerdahulu daripada kamu, semoga kamu bertaqwa,”

Islam merupakan jalan penyelesaian dan ubat segala masalah yang melanda Negara kita. Di sini kita mengajak kepada yang hadir dan sampaikan kepada yang tidak hadir untuk bersama-sama dengan PAS dengan keadilan Islam kearah membina Malaysia yang sejahtera dengan petunjuk Allah SWT

***Ucapan Ketua Muslimat PAS Marang merangkap Tmbalan Ketua Muslimat PAS Terengganu Hajah Zarani Othman,Mjalis Makan Malam Semperna Merdeka

https://youtu.be/az9N3Bc-nfU