56 Anggota KHIDMAT Sertai Skim Takaful

87

DUNGUN – 56 orang anggota Khidmat Pengurusan Kecemasan dan Bencana Malaysia (KHIDMAT) Dungun menyertai skim takaful sebagai persediaan sebarang kemungkinan menimpa ketika menjalankan tugas.

Pengerusi KHIDMAT Dungun, YB Cikgu Alias Harun berkata mereka terdiri daripada 45 orang anggota Jabatan Amal Malaysia (JAM) Dungun dan 21 orang ahli Kelab Kebajikan Dan Rekreasi Peminat Pacuan Empat Roda Dungun (PADAT).

“Kita sedar mereka adalah ‘frontliners’ yang rela berkorban nyawa untuk melakukan kerja-kerja berisiko tidak kira keadaan, masa dan tempat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan di Majlis Penyampaian Sumbangan Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan(LKK), Parti Islam Se-Malaysia(PAS) Dungun kepada wakil KHIDMAT DUN-DUN di pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Rantau Abang dekat sini pada Sabtu, 12 Disember.

Cikgu Alias yang juga Pengerusi LKK menambah kebajikan adalah tunggak PAS disamping sebagai parti dakwah, tarbiah dan siasah.

“Oleh itu dengan KHIDMAT ini yang di bawah Lajnah Kebajikan, kita memberi bantuan kepada rakyat dalam apa bentuk sekalipun,” katanya lagi.