KUALA TERENGGANU – Kesungguhan dan keikhlasan para guru dan pendidik yang berkhidmat dalam institusi pendidikan PAS telah membuahkan kejayaan yang cemerlang kepada bekas-bekas pelajarnya, dalam pencapaian akademik dan kerjaya


Bahkan, kata beliau, bekas-bekas pelajar institusi pendidikan yang dibangunkan oleh PAS kini sudah bertaraf Professor Madya di menara-menara gading, menjawat jawatan tinggi di sektor kerajaan dan swasta.
“yang keluar daripada PASTI termasuk sekolah-solah yang ditaja (dibangunkan) oleh PAS, kini membarisi antara orang-orang yang utama (dalam negara),


“kita masuk (bekerja) bukan kerana ‘kabel politik’ tetapi kerana keupayaan (yang kita ada) memberi maksud walaupun kami keluaran sekolah PAS, macam PASTI (tapi berjaya),”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvokesyen PASTI An-Nadwah Pulau Redang pada Isnin 10 November.
Sehubungan itu, Hishamuddin yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Terengganu mendedahkan bahawa, 55 peratus anak-anak lepasan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) duduk dalam kelas ‘A’ disekolah-sekolah rendah.


“daripada didikan PASTI sekarang ini apabila mereka masuk UPSR (dapat) keputusan cemerlang, saya buat semakan dengan guru-guru (sekolah rendah) di daerah Kemaman,
“yang duduk dalam kelas gred ‘A’, kelas yang pertama, 55 peratus adalah pelajar (lepasan) PASTI, saya yakin kerana didikan yang lahir dari lubuk hati yang ikhlas oleh para guru,
“mereka mendidik sungguh-sungguh anak-anak (PASTI) kita ini, walaupun mereka (para guru) tidak dibayar dengan gaji yang tinggi,”jelasnya.
http://youtu.be/0qC6BZ1bv_s





























