5000 Orang Hadir Rumah Terbuka PAS Besut

217

Oleh : RR

BESUT – Seramai 5000 orang penduduk sekitar hadir meraikan sambutan Rumah Terbuka PAS Kawasan Besut yang diadakan Dewan Gong Kemuntong.

Yang Dipertua PAS Kawasan Besut, Ustaz Riduan Mohamad Nor berkata, majlis bermula seawal 10 pagi disambut meriah dengan kehadiran orang ramai.

“Pelbagai juadah yang disediakan antaranya nasi minyak, nasi dagang, mee kari, sate, kambing golek.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis dan terima kasih keapada para petugas yang telah bertungkus lumus menyiapkan persiapan,” jelasnya demikian ketika di hubungi semalam.

Katanya, PAS Kawasan Besut bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa sahaja.

“Insya Allah kita akan gerakkan semua cawangan yang ada pada program Karnival Teguh Pertahan pada 5 dan 6 Mei, akan diadakan di Jerteh.

“(Dengan) tujuan untuk kita menggerakkan petugas dan menyuburkan sokongan kepada PAS dan Perikatan Nasioanal selepas PRU baru ni sebab tempoh yang agak lama antara PRU dan PRN,” ujar Riduan.

Selain itu, katanya, Ijtimak Amilin akan diadakan bagi menghimpunkan petugas PAS selepas Karnival Teguh pertahan.

“Kita akan naikkan bendera di seluruh kawasan Besut, hidupkan cawangan.

“Persiapan gear lima (untuk PRN) yang dijangka prn pada awal Bulan Ogos,” tambah beliau lagi.