Sempena Hari Raya Aidilfitri, seramai 500 keluarga terpilih untuk menerima sumbangan bakul Ramadan agar hari yang disambut setahun sekali itu menjadi lebih bermakna.
Pengarah Majlis Tindakan Dewan Undangan Negeri(DUN) Bukit Payong, Mohd Nor Hamzah berharap sumbangan yang diagihkan dapat meringankan beban penerima dan memberi keceriaan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba.
“Dengan keadaan ekonomi yang tidak terkawal harga barang keperluan makanan makin meningkat kita bantu memberi sikit untuk ringankan belanja apa yang perlu sepanjang Ramadan dan juga menjelang perayaan akan datang,” ujarnya.
Beliau yang juga Timbalan Yang Dipertua PAS Marang berkata demikian ketika dihubungi mengulas perasmian Sumbangan Asnaf Program Sinar Ramadan, hari ini.
Menurut Ustaz Mohd Nor, sumbangan adalah berupa wang tunai dan juga
barangan dapur seperti beras, minyak masak, gula, biskut dan kicap.
“Program ini dijangka mampu memberi manfaat kepada lebih 2,000 ahli keluarga dan saya berharap agar sumbangan yang diagihkan dapat meringankan beban penerima dan memberi keceriaan menjelang Aidilfitri yang bakal tiba,” tambah beliau.