50 Anggota PAS Hulu Siap Siaga Bantu Calon PN PRK Pelangai

184

HULU TERENGGANU – Seramai 50 anggota PAS Hulu Terengganu khususnya DUN Ajil mula menggerakkan anggotanya bagi membantu kempen calon PN Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Cikgu Kasim Samat.

Yang DiPertua PAS Hulu Terengganu YB Ustaz Maliaman Kassim berkata, tindakan itu bukan sahaja sebagai ‘membalas budi’ bantuan PAS Bentong pada PRN awal Ogos lalu, bahkan merupakan suatu tanggungjawab perjuangan.

Menurutnya, tenaga bantua tersebut akan bergerak dalam empat siri gelombang sehingga berlangsungnya hari pengundian nanti, sebagaimana diarahkan oleh Jabatan Pilihan Raya PAS Negeri.

“Ketika Piliharaya Umum Negeri baru-baru ini, pasukan daripada parlimen Bentong termasuk DUN Pelangai dan calon yang juga merupakan Naib Yang Dipertua PAS Bentong, Kasim juga ada datang membantu kami di Ajil.

“Jadi untuk PRK Pelangai,kami akan balas jasa mereka dengan membantu perjalanan kempen dengan menghantar jentera khas dari Ajil,” ujar Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Ajil itu, ketika dihubungi hari ini.

Pegawai Pengurus PRK DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail dipetik media pada Sabtu, PRK tersebut menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Datuk Amizar Abu Adam yang mewakili Barisan Nasional (BN), Kasim Samat (Perikatan Nasional) dan calon Bebas Haslihelmy DM Zulhasli.

Sementara itu Cikgu Kasim, 63, berkata beliau berhasrat membawa isu pembangunan khususnya mengenai infrastruktur jalan raya di Pelangai yang menurutnya ketinggalan berbanding DUN lain di Pahang, sekiranya