Terengganu, Malaysia

250 Penoreh Getah Terima Sumbangan

buletin1 – Copy (2)

KUALA NERUS – Ahli Dewan Dewan Undangan Negeri (DUN)Teluk Pasu Ustaz Ridzuan Hashim telah telah menyampaikan sumbangan keperluan harian kepada 250 orang penoreh getah dalam kawasan tersebut.

Beliau berkata sumbangan itu adalah bukti PAS cakna kepada rakyat, khuhusnya kepada pekebun kecil dan penoreh getah menghadapi kejatuhan harga komoditi itu
.
“Kita (PAS) rasa terpanggil untuk mengumpul warga penoreh getah yang terlibat untuk kita sampaikan sedikit sumbangan. Ini sekurang-kurangnya bolehlah meringankan sedikit bebanan tanggungan kos saran hidup, yang rata-rata rakyat merasai tekanannya pada hari ini.

buletin7 - Copy (2)“Ini program PAS, atas nama pembangkang dan bukan atas nama kerajaan. Ini sudah tentu peruntukannya amat terbatas. Adun pembangkang ini langsung tidak ada peruntukan kerajaan dan tidak diberi hak untuk mengurus.

“Jika Adun Kijal (Ahmad Said) pun ditarik balik (peruntukan) dan diuruskan di pejabat Menteri Besar (Ahmad Razif), kita (PAS) tidak hairanlah kerana kita telah lama tidak pernah diberikan peruntukan (wakil rakyat).

“Walau bagaimana pun atas keprihatinan kita, kita (PAS) usahakan juga mencari dana hingga akhirnya berjaya mengumpulkan sejumlah kewangan untuk kita sampaikan kepada rakyat yang bekerja sebagai penoreh getah,” ujarnya.

Menuruthya harga getah kini merudum ke paras terendah RM2.20 sekilogram.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian sumbangan kepada 250 penoreh getah warga Dun Teluk Pasu, Program “YB Cakna Penoreh Getah” di Kampung Kuala Belara, Teluk Pasu, di sini pada Selasa 19 April.

Katanya, PAS sedang memperjuangkan skim harga ‘lantai’ getah yang wajar dinaikan dari RM2.20 kepada RM4.00 sekilogram.

buletin6 - Copy (2)“Hari ini kerajaan telah meletakkan harga ‘lantai’ getah RM2.20 sekilogram. PAS melalui ahli parlimen kita termasuk Ahli Parlimen Kuala Nerus (Dr Mohd Khairuddin ) kita berjuang untuk membela penoreh getah seluruh Malaysia.

“Antaranya, yang kita (PAS) perjuangkan untuk menaikkan skim harga lantai (getah) ini dari RM2.20 hari ini kepada RM4.00 sekilogram. Maknanya, walau apa yang keadaan yang berlaku harga getah tidak boleh turun lebih rendah dari harga RM4.00 dan ini yang kita (PAS) bawa ke parlimen.

“Ini (cadangan) sudah dibawa ke Parlimen untuk diambil tindakan oleh kerajaan (Barisan Nasional) yang memerintah. Sebab, untuk meletakkan harga lantai RM4.00 ini kerajaan hanya perlu memperuntukkan RM1.6 bilion sahaja. Ini yang kita (PAS) perjuangkan hari ini,” jelasnya kepada 300 hadirin.

Sebelum itu, satu taklimat khas kepada para penoreh getah disampaikan oleh Penolong Pegawai Penguatkuasa Lembaga Getah Malaysia (LGM), Encik Mohd Yasrul Suliman.

Ustaz Ridzuan yang juga Naib Yang Dipertua (YDP) PAS Kuala Nerus menjelaskan sumbangan PAS itu kepada rakyat tidak mengira fahaman politik masing-masing.

“Insya’Allah, tanpa mengenal warna, fahaman dan pegangan politik dia (rakyat), kita (PAS) akan bergerak membantu seluruh rakyat.

buletin3 - Copy“Saya selaku ahli Yang Berhormat (YB), yang rakyat memberi amanah dan mandat pada pilihan raya lalu. Kita (PAS) membuat program (sumbangan) hari ini tanpa mengira warna politik dia (rakyat).

“Ini kerana, tuan-tuan adalah rakyat dan tanggungjawab saya. Kita (PAS) tidak kira siapa dan itu (pilih) hak masing-masing. Kita berusaha sekadar kemampuan yang kita ada untuk membantu rakyat,” tegasnya.

Selain itu, beliau turut mendakwa kerajaan Malaysia dijangka memperolehi sejumlah hampir RM39 bilion hasil cukai GST bagi tahun 2016 berbanding tahun 2015 mencecah RM34 bilion.

Namun, katanya kerajaan hanya perlu memperuntukkan sejumlah RM1.6 bilion bagi membantu rakyat menetapkan skim harga lantai RM4.00 sekilogram.

KongsiWhatsAppTelegramThreadsX

Berita berkaitan