Dr. Hasan al-Turabi Meninggal Dunia

1921

Ahli politik terkemuka Sudan Dr. Hassan al-Turabi, seorang veteran yang membentuk Parti Kongres Popular (PCP) yang juga tokoh gerakan Islam, telah meninggal dunia di Khartoum pada usia 84.

Turabi dilaporkan bekerja di pejabatnya apabila ia ‘tumbang’ dan dibawa ke hospital.

Stesen TV kendalian kerajaan, Omdurman TV melaporkan, ketua PCP itu menghembuskan nafas yang terakhir pada Sabtu di Hospital Antarabangsa Diraja Care di ibu negara Sudan.

Punca kematian masih belum diketahui tetapi ahli PCP berkata ia adalah disebabkan oleh strok.

Ahmed Saeed, seorang wartawan Sudan, memberitahu Al Jazeera dari Khartoum bahawa Turabi meninggal dunia sekitar pukul 6 petang waktu tempatan.

Tambahnya, Presiden Sudan Omar al-Bashir melawat hospital sebanyak dua kali pada hari Sabtu dan ahli PCP mengesahkan Omar al-Bashir, akan hadir pada pengebumian.

Hassan-al-TurabiSeorang intelektual yang tegas, Turabi belajar undang-undang di UK sebelum mendapat ijazah doktor falsafah dari Sorbonne University di Paris. Beliau kemudiannya menjadi Dekan Fakulti Undang-Undang di Universiti Khartoum pada tahun 1964.

Turabi bertutur dalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jerman dengan fasih dan juga bahasa Arab.

Sebagai pemimpin gerakan Islam Sudan, beliau memenangi kerusi di parlimen.

Turabi memainkan peranan penting pada rampasan kuasa tahun 1989 yang membawa Presiden Omar al-Bashir kepada kekuasaan dan mula menarik pelbagai rentetan politik.

Beliau digambarkan oleh banyak pihak sebagai ‘godfather’ rejim baru.

Walau bagaimanapun, beliau dan Bashir berselisih pendapat 10 tahun kemudian yang membawa al-Turabi merengkok di dalam penjara.

Turabi menjadi salah satu pengkritik sengit beliau, membentuk PCP itu.

Beliau adalah satu-satunya ahli politik Sudan yang menyokong, waran yang dikeluarkan untuk menangkap Bashir oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhan jenayah perang, jenayah terhadap kemanusiaan dan pembunuhan beramai-ramai pada konflik di Darfur.

Beliau ditahan beberapa kali sepanjang kerjaya politiknya, termasuk pada bulan Januari 2009, dua hari selepas beliau menggesa Bashir untuk menyerahkan diri kepada ICC.

Pada bulan Januari 2014, Turabi dan Bashir bersetuju untuk mengadakan dialog kebangsaan yang berakhir bulan lalu.