Oleh : Nazmi Ghazali
Assalamualaikum warahmatullah, Kami telah memasuki hari 3 misi membantu pelarian-pelarian Syria di Jordan. Segalanya sederhana mudah dan jalannya dilapangkan Allah sepanjang Misi Kemanusiaan Pelarian Syria di Jordan.
Tepat jam 5.01am, kedengaran pengumuman azan subuh di masjid Abdul Rahman bin Auf, Amman. Tempat kami bermalam.
Dapatlah kami sembahyang berjemaah dan mempersiapkan segala kelengkapan yang perlu dibawa menuju misi kali ini.
Jam 8 pagi, kami berkumpul dan bergerak untuk misi kemanusiaan di Kem Pelarian Syria bertempat di Mafraq Jordan.
Alhamdulillah, misi berjalan dengan lancar seperti dirancang.
Sebagaimana maklum, yang mengepalai misi kali ini ialah Cikgu Fauzi Abu Samah merangkap pengarah edu4syrians dan dibantu oleh team NGO Tangisan Syria di Bumi Jordan dibawah pengurusan saudara Musa Nuwayri Kamaruzzaman.
Dinamakan dengan nama Ummu Serab, kami selamat sampai disini bersama rombongan iaitu seramai 17 orang wakil Yayasan Amal Terengganu dan 2 buah ‘caoster’ memuatkan para sukarelawan.
Sebelum sesi pengagihan dijalankan, kami diperkenalkan oleh sukarelawan yang bertugas.
Seramai 28 orang telah disantuni dengan satu keluarga satu pek makanan dan 3 naskah al-Quran bagi setiap keluarga. Bekalan pakaian juga diagihkan kepada mereka.
Kem pertama Ummu serabb 4, pelarian terdiri 5 keluarga seramai 35 ahli keluarga.Mereka dari Idlib Syria. Menjadi pelarian dari 2013 dengan jarak 1000km ,sebabahagian perjalanan dengan berjalan kaki.
Mereka menumpang teduh di dalam khemah di atas tanah penduduk Jordan. Sumber pendapatan mereka adalah dari pengambilan upah memelihara kambing tuan tanah.
Di dalam keluarga ini terdapat seorang kanak kanak istimewa yang bernama Azzu, berumur 5 Tahun. Kecacatan mereka berpunca dari demam panas mengikut ibunya. Anak ini dikatakan hanya menerima suapan dari ibunya dan kehidupan bertemankan tv.
Perjalanan kami diteruskan ke Kem Ummuserab 3. Disini terdapat 35 ahli keluarga seramai 175 org. Kehadiran kami seolah-olah memberi harapan kepada mereka.
Dari jauh seorang remaja OKU bersama tongkatnya turut tidak melepaskan peluang untuk menerima bantuan. Lebih kurang 30 minit kami berada disini.
Kemudian kami meneruskan perjalanan selama 20 minit, menuju ke kem ketiga di Ummu Serab. Disini tinggal sebanyak 15 buah keluarga berjumlah 75 orang semuanya.
Dalam suasana sama juga, mereka menunggu siapa saja yang hadir menghulurkan bantuan.
Ketua delegasi mengagihkan sumbangan yang dah dipek mengikut keluarga. Kami semua mempunyai strategi tersendiri utk menciptakan keseronokan bersama mereka dalam masa sesingkat ini. Ada bersama orang tua dan kaum ibu. Yang paling seronok adalah kanak-kanak bersama gula-gula, mainan belon dan celoteh pelajar melayan kanak-kanak. Dek kerana masa singkat dan tidak mengizinkan, kami berpindah ke kem yang seterusnya.
Dua kem yang terakhir ini berada dalam jarak yang sungguh dekat. Seperti biasa, kami memberi sumbangan mengikut barangan yg ditetapkan. Di kem ini, sebanyak 29 buah keluarga menerima sumbangan iaitu seramai 150 orang dan kem haifa yang mempunyai 10 buah keluarga seramai 59 orang.
Terasa kedatangan bersambut apabila kemeriahan sama dirasai tatkala kami sampai disini. Perkara yang menarik disini ialah ketua di kalangan mereka memohon sumbangan untuk membina masjid. Mereka menunjukkan kepada kami sebahagian barangan keperluan yang telah dimilki.
Kami bertanya mereka ‘Apa yang perlu dan berapa banyak jumlah?” dengan semyuman mereka menjawab “kami memerlukan 200 dinar”
Setelah melakukan sedikit perbincangan, kami bersetuju mengeluarkan wang menurut jumlah yang diminta. Saling berjanji untuk bersama membangun masjid sehingga sempurna.
Sumber pendapatan kebanyakannya mereka dapati dengan bekerja di ladang tomato. Jam telah menujukkan 4 petang, maka tiba masanya untuk kami meninggalkan tenpat kerana belum menunaikan solat asar.
Berakhirlah kisah perjalanan ini.
Kami juga menyantuni kanak-kanak pelarian Syria dengan gula-gula serta belon yang telah di bekalkan oleh Sabasun Hyperuncit. Jumlah keseluruhan pelarian yang disantuni seramai 435 orang.
Al-Mafraq merupakan sempadan Jordan-Syria yang banyak menempatkan pelarian yang mencari perlindungan dari perang di tanah air mereka sendiri.
Dengan hati sayu dari lambaian dan renungan sianak kecil mencuit hati kami untuk kembali dalam misi sebegini.
Esok, misi akan kami akan teruskan menziarahi dan mengagihkan bantuan pendidikan anak anak Syria .InsyaAllah
***Nazmi Ghazali ialah seorang usahawan. Beliau adalah Bendahari Kumpulan Aktivis Media Independen (KAMI) Terengganu yang bersama Misi Yayasan Amal Cawangan Terengganu, kini masih berada di sempadan Syria – Jordan.











