Oleh : Rohayati Ripin
KUALA TERENGGANU – Seramai 421 orang penduduk terjejas banjir di DUN Langkap dipindahkan ke Pusat Perpindahan Sementara (PPS) di daerah terbabit.
Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Setiu, Azmi Maarof berkata, sebanyak 13 pusat perpindahan dibuka pada petang ini.
“Tiga keluarga yang melibatkan tujuh orang mangsa ditempatkan di PPS Surau Mak Bakas, Sungai Tong iaitu lelaki dewasa, dua orang, perempuan dewasa, tiga, kanak-kanak lelaki, seorang dan kanak-kanak perempuan seorang.
“Seramai 18 orang dimana empat keluarga terlibat ditempatkan di PPS Surau Tok Nandong Pelong yang menempatkan enam orang lelaki dewasa, lima orang perempuan dewasa , empat orang kanak-kanak lelaki dan tiga orang kanak-kanak perempuan,” jelasnya.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap berkata demikian ketika dihubungi malam ini.
Menurutnya, di PPS Surau Bukit Nyior Pelong berjumlah 13 buah keluarga yang mana 49 orang terkesan, lelaki dewasa, 19 orang, perempuan dewasa, 17, kanak-kanak lelaki, lima, kanak-kanak perempuan, enam dan bayi dua orang.
“PPS Balai raya Kampung Bukit Merah berjumlah tiga buah keluarga, 10 orang mangsa terlibat iaitu seorang lelaki dewasa, tiga orang perempuan dewasa, tiga orang kanak-kanak lelaki, dua orang kanak-kanak perempuan dan seorang warga emas perempuan.
“PPS di Masjid Gong Terap pula hanya sebuah keluarga yang terkesan banjir iaitu seorang lelaki dewasa, seorang perempuan dewasa , bayi lelaki seorang dan seorang warga emas lelaki,” katanya.
Selain itu, 53 keluarga terjejas banjir ditempatkan di PPS Dewan orang ramai Kg Langkap merupakan DUN paling ramai dipindahkan.
“57 orang lelaki dewasa, 54 orang perempuan dewasa, 12 orang kanak-kanak lelaki, 14 orang kanak-kanak perempuan, seorang bayi lelaki, dua orang bayi perempuan, lapan orang warga emas lelaki, 13 orang warga emas perempuan, seorang Orang Kurang Upaya (OKU) lelaki seorang dan tiga orang OKU perempuan.
“Di PPS Sekolah Kebangsaan Pelong terdapat lapan buah keluarga berjumlah 24 orang iaitu lelaki dewasa, lapan, perempuan dewasa lapan, kanak-kanak lelaki, empat, kanak-kanak perempuan, tiga, bayi lelaki seorang.
“Dua buah keluarga terdiri lima orang ditempatkan di PPS Kampung Bukit Nenas iaitu tiga orang perempuan dewasa, kanak-kanak lelaki seorang dan seorang anak-kanak perempuan,” ujar Azmi.
Beliau menambah, di PPS Sekolah Kebangsaan Sungai Tong pula berjumlah lima buah keluarga menempatkan 19 orang mangsa iaitu lelaki dewasa tiga orang, perempuan dewasa, empat, kanak-kanak lelaki lima, kanak-kanak perempuan empat, warga emas perempuan seorang OKU lelaki dua.
“Jumlah keluarga di PPS Banggol Setar ialah empat iaitu lelaki dewasa, tiga, perempuan dewasa tujuh, kanak-kanak lelaki, dua, kanak-kanak Perempuan satu, bayi lelaki seorang, warga emas lelaki, empat, warga emas perempuan, dua dan OKU lelaki seorang.
“Di PPS Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Langkap berjumlah 30 buah keluarga manakala mangsa 99 orang terlibat.
“Lelaki dewasa, 28, perempuan dewasa, 33, kanak-kanak lelaki, 20, kanak-kanak perempuan, 15, OKU Lelaki dua orang dan OKU Perempuan seorang,” tambah beliau.
Beliau menambah semasa membuat tinjauan petang tadi hanya dapat memasuki tiga buah kampung sahaja iaitu Kampung Langkap, Kampung Kasar dan Kampung Merbau Mentusut kerana kampung lain dinaiki air.
Azmi turut mengulas mengenai bekalan makanan yang mana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serah ke pembekal yang berdaftar dengan JKM sahaja.
“Mereka boleh sahaja masak sendiri jika tak ada pembekal kerana keperluan makanan sudah dibekal oleh JKM disemua PPS,” katanya lagi.