350 Terima Geran Kekal

177

BESUT – Pihak MTD Hulu Besut merakamkan ucapan terima kasih kepada YAB Menteri Besar Terengganu kerana menyampaikan geran kekal kepada 350 orang di Dun Hulu Besut.

Pengarah MTD Cikgu Shalahuddin Jaafar berkata, ia melibatkan RTB Bukit Madona, RTB Sungai Lah, RTB Bukit Merah , RTB Bukit Baling, RTB Pok Sik dan RTB Belaoh.

“Bukti kerajaan PAS Terengganu menunaikan satu lagi manifesto yang dijanjikan semasa PRU14.” ujarnya tuntas.

Beliau yang ditemui berkata, “rata- rata penduduk mengucapkan syukur di atas penyampaian geran pada hari ini setelah menunggu berpuloh tahun semasa kerajaan dahulu.”

Dalam pada itu, salah seorang penerima geran RTB Bukit Merah, Mohd Nawang bin Abdullah, mengucapkan syukur kerana, “tanah yang diteroka beliau sejak tahun 2000 dapat diselesaikan.”