300 Anggota Polis Berkawal, Sidang Di Pindah Ke Hotel

1084

http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/sidangdunperak2septb.jpgSerama 6 orang telah ditangkap termasuk orang awam, jurugambar media dan tiga ADUN Pakatan Rakyat negeri Perak.

Dua puluh dua orang ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak menuju bangunan SUK pada jam 9.45 pagi telah dihalang oleh tidak kurang 300 anggota polis yang telah membuat sekatan sejak semalam.

Pergerakan tersebut diketuai oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Mohamad Nizar Jamaludin, diikuti Pengerusi DAP Perak, Dato’ Ngeh Koo Ham dan kira-kira 100 orang penyokong.

Apabila dihalang oleh pihak polis berlaku pertengkaran mengenai perintah mahkamah melarang perhimpunan itu diadakan.

Dato’ Ngeh menegaskan bahawa perintah mahkamah tersebut hanya menghalang orang awam berhimpun disitu, tetapi tidak kepada ADUN.

“Perintah mahkamah melarang orang awam berada di situ, tetapi tidak menyebut tentang ahli dewan undangan negeri. Adalah salah untuk menghalang ADUN menjalankan tugas mereka…

“Lagi pula, Seksyen 90 Kanun Prosedur Jenayah menyebut perintah tersebut mesti diwartakan,” tegas Ngeh sebagaimana dilaporkan beberapa media Pakatan Rakyat.

Polis pencegah rusuhan (FRU) menghalang kumpulan tersebut cuba meneruskan niat untuk masuk ke dalam bangunan SUK.

Dalam keadaan asak mengasak dan tolak menolak, pada kira-kira jam 10 pagi, polis telah menangkap Dato’ Ngeh dan seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau Stanley Tan yang dikatakan turut dikasari pihak polis, disepak ketika ditahan.

Jeritan Stanley terhadap polis jelas kedengaran, katanya; “You nak kerja, kita pun nak kerja.”

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh telah ditahan pada jam 10.15 pagi diikuti dengan penahanan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai dan dua penyokong, sebelum  Mohammad Nizar meminta wakil-wakil rakyat Pakatan supaya bersurai lebih kurang jam 10.30 pagi.

Nizar berkata beliau memanggil wakil-wakil rakyat Pakatan untuk mengadakan sidang DUN, bukannya untuk berkumpul.

Beliau turut mengulangi perintah mahkamah adalah menghalang perhimpunan dan ditujukan kepada orang awam, bukan kepada ahli-ahli Yang Berhormat.
http://www.buletinonline.net/http://buletinonline.net/v7/wp-content/uploads/2009/09/sidangdunperak2septa.jpg
Sejurus selepas itu, Speaker DUN Pakatan rakyat, V Sivakumar berkata, beliau akan tetap meneruskan sidang DUN di Hotel Heritage pada pukul 11.30 pagi.

Katanya, beliau harus mengggunakan doktrin yang diperlukan kerana wakil rakyat Pakatan dihalang daripada memasuki bangunan SUK.

Pada jam 11.35 pagi, Sidang DUN Perak bermula,  Semua ADUN Pakatan menghadiri sidang tersebut kecuali ADUN Titi Serong, Dr Khalil Idham Lim Abdullah yang sedang mengerjakan umrah.

Antara usul yang dibahaskan adalah laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai  tindakan Speaker ’haram’ yang dilantik BN Datuk R Ganesan.

Pada 7 Mei lalau, beliau yang bukan seorang ADUN, telah masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker, V. Sivakumar

http://www.youtube.com/watch?v=QsDTkMnh9pQ

http://www.youtube.com/watch?v=Oyl5HkCH9X4

http://www.youtube.com/watch?v=_zZDcdRqyB0