27 Buah PASTI Mula Operasi

113

Oleh : Muhd Afiq Zohir

BESUT – Sebanyak 27 buah Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di Kawasan Besut telah memulakan operasi pembelajaran untuk sesi 2021

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Besut, Muhd Hakim Zulfikri Awang berkata, pusat tersebut beroperasi dengan pelaksanaan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang teliti dari pihak Jabatan Amal Malaysia (JAM) Besut.

“ Seorang petugas JAM telah kita tempatkan di setiap PASTI bagi memastikan bahawa tiada di kalangan ibubapa atau pelajar yang melanggar arahan yang telah ditetapkan.

“Setiap PASTI (juga) mesti mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan sepanjang tempoh operasi,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sesi tinjauan di PASTI An Naziha, Kampung Padang Luas, semalam 7 Februari.

Katanya, suasana PASTI kali ini agak berbeza kerana beroperasi dengan norma baharu.

“Walau demikian pihak kami (DPPKB) akan sentiasa membantu dalam pengurusan setiap premis PASTI,” ujar Hakim.

Beliau menambah, para ibu bapa yang menghantar anak mereka ke PASTI merasa selamat di atas pelaksanaan SOP yang teliti bagi memastikan penularan wabak Covid-19 dapat dibendung.