PAS Pandang Berat Kenaikan Cukai Pintu Sehingga 6 Kali Ganda

1503

KUALA Terengganu – PAS memandang berat tindakan kerajaan negeri Terengganu menaikkan taksiran cukai pintu secara mendadak meningkat enam kali ganda dari taksiran sebelum ini.

Menurut Ahli Parliman Kuala Terengganu Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah, ia akan membebankan lagi kehidupan rakyat yang sedang bergelut dengan kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.

Raja BahrinKami telah di maklumkan bahawa ramai penduduk Kuala Terengganu telah menerima Taksiran Cukai Pintu baru yg jauh lagi tinggi dari kadar asal,

“sehingga ada yang meningkat setinggi 600 % (peratus),”ujarnya.

Oleh itu beliau berkata, memandangkan kos sara hidup sudah begitu tinggi, adalah lebih baik setiap individu membuat rayuan terus dan bersegera kepada pihak Majlis Bandaraya Kuala Terengganu untuk penjelasan dan pengurangan kadar cukai tersebut.

“Sebagai Wakil Rakyat Parlimen K. Terengganu saya memandang berat tindakkan Kerajaan Negeri Terengganu menaikkan dengan mendadak kadar cukai pintu begitu tinggi,

“dalam masa rakyat menghadapi kos sara hidup begitu tinggi dengan kenaikkan kadar letrik, minyak, tol, bahan makanan dan keperluan hidup harian,”ujarnya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan lewat malam, semalam.