Farawna yang juga bekas tahanan Israel berkata, kedua-dua mereka yang telah dibebaskan ialah Khalil Ar-Rabaey dari Hebron, dan Nasser Abdul-Jawad dari Salfit.
Dalam tempoh seminggu lalu, Farawna berkata, negara haram Israel itu telah membebaskan, lima ahli parlimen Palestin iaitu, Anwar Zboun, Daraghma Ayman, dan Mohammad At-Til, sebagai tambahan kepada Ar-Rabaey dan Abdul Jawad.
Beliau menambah 22 ahli parlimen yang masih dipenjarakan oleh Israel termasuk 19 daripada mereka adalah anggota Hamas, seorang adalah dari PLO yang juga Setiausaha Agung pertubuhan itu Ahmad Saadat dan dua orang dari kumpulan Fatah Marwan Barghouthi dan Jamal At-Terawi.
Farawna menegaskan bahawa tindakan berterusan pihak Israel menculik dan memenjarakan ahli-ahli parlimen palestin yang dipilih rakyat merupakan pelanggaran langsung undang-undang antarabangsa dan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia serta melanggar prinsip-prinsip demokrasi.
Beliau menambah, bahawa menculik pegawai Palestin adalah tindakan biadap Israel campur tangan dalam hal ehwal dalaman Palestin, dan menyeru ahli parlimen Arab dan antarabangsa untuk bertindak bagi mewajibkan Israel untuk meembebaskan semua ahli parlimen terbabit.